Amah tanam mayat bayi belakang rumah jiran

Polis berkata, suspek menyedari tiada sebarang pergerakan ketika memandikan anaknya yang baru lahir 20 Dis lalu.

Amah tanam mayat bayi belakang rumah jiran

Seorang pembantu rumah ditahan Ahad lalu susulan penemuan mayat bayi di belakang rumah di Taman Mutiara, Kangar pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Kangar, Yusharifuddin Mohd Yusop berkata warga Indonesia yang juga ibu tunggal 24 tahun itu ditahan polis sehari selepas seorang guru menemui mayat bayi lelaki di belakang rumahnya.

Katanya, lelaki itu membuat laporan selepas menemui mayat disyaki bayi berbungkus kain putih yang sudah berulat dan pemeriksaan polis mendapati bayi masih bertali pusat itu tertanam dalam tanah berkedalaman 0.127m atau 5 inci.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati mayat bayi itu adalah lelaki yang cukup sifat berukuran 46cm,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, mayat bayi itu adalah anak suspek sendiri yang dilahirkannya di bilik air rumah di Taman Mutiara pada 20 Dis lalu, tetapi wanita terbabit menyedari tiada sebarang pergerakan ketika memandikan anaknya.

Katanya, suspek yang panik bertindak menggali tanah di belakang rumah jirannya pada 6.30 pagi 21 Dis lalu sebelum menanam mayat anaknya.

Yusharifuddin berkata, mayat bayi itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat pada 31 Dis lalu.

Katanya, reman suspek yang berakhir hari ini dilanjutkan dua hari lagi sehingga Jumaat ini untuk disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. FMT

Amah tanam mayat bayi belakang rumah jiran

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan

Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]

Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara

Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker