Sekolah batal syarat kaum untuk kelab, sukan atas arahan Timbalan Menteri BN

Sebuah sekolah menengah di Batu Pahat, Johor membatalkan syarat kaum dan jantina untuk beberapa kegiatan kokurikulum, susulan campur tangan Timbalan Menteri Pendidikan II Mah Hang Soon.

Terdahulu, SMK Dato’ Bentara Luar mengeluarkan notis kepada pelajar Tingkatan 1 bagi meminta mereka memilih tiga kegiatan kokurikulum. Bagaimanapun ia mengundang perhatian setelah beberapa kegiatan dihadkan kepada kaum dan jantina tertentu.

Antaranya, hanya pelajar Melayu dibenarkan memilih sukan bola sepak dan sepak takraw manakala bola jaring untuk pelajar perempuan Melayu sahaja. Sukan bola keranjang dan ping pong pula dihadkan kepada pelajar lelaki dan perempuan Cina sahaja.



Pengetua sekolah Abdul Razak Hamid dilaporkan mempertahankan pembahagian itu dengan berkata ia dibuat atas sebab sekolah mempunyai kemudahan padang yang terhad.

Hari ini, Mah memberitahu dia sendiri telah menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri Johor agar dasar itu dibatalkan.

Dia juga menyifatkan dasar itu sebagai “kesilapan” kerana bertentangan dengan falsafah pendidikan negara.

Menteri UMNO selar sekolah didakwa letak syarat kaum dalam kegiatan kokurikulum



“Ia satu kesilapan di pihak pengetua…Melalui kegiatan sukanlah kita boleh menggalakkan integrasi, pelajar bermain bersama (dan) meningkatkan perpaduan, keakraban dan semangat kebersamaan.

“Saya sudah minta sekolah mengubah dasar ini, ia tidak sepatutnya berlaku. Ia bertentangan dengan pelan pembangunan (pendidikan kebangsaan) kita,” katanya.

Satu daripada lima aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ialah memupuk perpaduan di kalangan pelajar.



Tamparan buat Kerajaan PN, Hashtag #KerajaanGagal Trending No 1 Di Twitter



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker