#PrkTgPiai : Yang Menang Data.

oleh Helme Hanafi

JIKA kamu bertanya susahkah BN memilih calon di Tanjung Piai?

Saya katakan jika kriteria pemilihan berdasarkan emosi, sentimen, jangkaan dan ramalan, maka ia susah baik untuk MCA apatah lagi UMNO.

Tapi sebenarnya pemilihan calon Tanjung Piai dibuat berdasarkan DATA maka ia lebih mudah.



Saya sendiri mahukan calon UMNO dari awal, berbeza pandangan dengan Ab Jalil Backer yang percaya kerusi itu jangan dirampas dari MCA.

Berminggu-minggu begitu, sehinggalah saya ditunjukkan data-datanya oleh Isham Jalil dan selepas mendengar penerangan, penjelasan dan hipotesis A dan B maka pemikiran saya berubah.

Dan saya bukan satu-satunya.

Ada seorang pengkaji data yang berkerja dengan NGO kajian sikap pro PH (Ilham Centre) selepas mengetahui calon BN adalah MCA berkata,



“Perlawanan yang sepatutnya menjadi ‘straight set’, dengan pengumuman ini menjadikan perlawanan mungkin berakhir ‘rubber set’.”

“Ini menjadikan Tanjong Piai suatu perlawanan yang semakin menarik, mendebarkan dan menggiurkan.”

Beliau mengucapkan tahniah kepada BN di facebooknya dan berkata keputusan berani itu ‘memandang jauh ke depan’.

Pagi ini, ketika bersarapan, saya melihat wawancara Bloomberg dengan Menteri Pendidikan baru Indonesia Nadiem Anwar Makarim (gambar) yang merupakan bekas CEO Gojek.



Nadiem yang melepaskan jawatan dalam syarikat bernilai USD10 bilion yang diasaskannya itu untuk menjadi menteri kabinet Jokawi berkata… beliau mempercayai data.

“Dalam teknologi adalah penting untuk memahami dan tidak mempercayai terlalu banyak dengan apa yang kita percaya kita tahu.

“Sebaliknya mempercayai nombor, data dan ‘hyper experiment’ untuk mencari jawapannya.”

Sebahagian temubualnya ada di dalam twitter saya @ayathelme.



Tapi apa yang menarik mengenai Nadiem (Hang Nadim?) yang merupakan cucu pejuang kemerdekaan Indonesia Hamid Algadri bagaimana beliau mengubah nasib rakyat bawahan di negara itu melalui ‘data’.

Sekarang diambil jadi Menteri Pendidikan Indonesia untuk mengubah sistem pendidikan negara dengan 268 juta rakyat itu.

Lihatlah potensi negara itu, sedang bangun seperti gergasi kedua selepas China.

Oh ya… berbalik ke Tanjung Piai, kesimpulannya, bukan UMNO mengalah atau MCA menang.



Yang sebenarnya menang adalah ‘data’… kita mempercayai teknologi dan itu akan mengubah segalanya.

Bukankah dunia ini berubah kerana ‘data’…?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker