Kes DNAA Zahid bukan kali pertama dihentikan, banyak lagi kes sama sebelum ini

Kes DNAA Zahid bukan kali pertama dihentikan, banyak lagi kes sama sebelum ini

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ada duluan berhubung perintah melepas tanpa membebaskan (DNAA) walaupun kes yang dibicarakan ketika itu sudah berada pada peringkat pembelaan dan wujud prima facie.

Perdana Menteri berkata, duluan berkenaan direkodkan berlaku ketika pentadbiran terdahulu, termasuk ketika pentadbiran diterajui Perikatan Nasional (PN), antaranya membabitkan kes pendakwa raya melawan Siti Aisyah dan Doan Thi Huong, pada 2019.



Selain itu, katanya, duluan membabitkan perintah DNAA turut direkodkan bagi kes timbalan pendakwa raya (TPR) melawan (vs) Long Samat pada 1974; TPR vs Johnson Tan Han Seng (1977); TPR vs Zainuddin dan Anor (1986) serta Karpal Sing dan Anor vs TPR (1991).

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun menegaskan, DNAA terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukanlah suatu pertuduhan kali pertama yang dihentikan selepas kes prima facie dibuktikan.

“Ahli Parlimen di sebelah sana (pembangkang) yang tidak mahu disebutkan kerana takut menyinggung…dalam kes DNAA membabitkan kes dibangkitkan, keputusan akhirnya adalah daripada Peguam Negara.

“Ketika saya disergah secara biadap, saya jawab dan saya kata memang betul Putrajaya (Datuk Dr Radzi Jidin) tahu kerana pentadbiran terdahulu dan bekas Peguam Negara, sebab itu dia tak tahan nak dengar penjelasan.



“Kerana mereka biasa dengan sistem berkenaan, mereka ingat saya (akan) teruskan dengan sistem itu. Sebab itu saya jawab dengan tegas,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini. BH

Kes DNAA Zahid bukan kali pertama dihentikan, banyak lagi kes sama sebelum ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla

Pengacara popular tak bayar gaji staff?



Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)

Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker