Nina Ismail dan Jovian bersihkan rumah mangsa banjir

Nina Ismail dan Jovian bersihkan rumah mangsa banjir

TANPA sebarang protokol dan kawalan keselamatan, anak sulung Kepada Perdana Menteri, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri mengabaikan kotoran selut semata-mata mahu membersihkan rumah mangsa banjir di Kampung Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.

Kehadiran Nina dan suaminya, Datuk Jovian Mandagie itu nyata mengejutkan mangsa banjir, Daniel Mazlan yang terkejut dan terharu dengan keihlasan mereka meluangkan masa membersihkan lumpur di rumah keluarganya.



Katanya, dia tidak menyangka Nina dan suaminya, Datuk Jovian Mandagie sanggup membersihkan kotoran selut yang meliputi keseluruhan kawasan rumah mereka dan di beberapa rumah di sekitar kawasan.

Kehadiran Nina dan Jovian yang masing-masing bergelar Datin dan Datuk tanpa sebarang protokol dan kawalan keselamatan menunjukkan sikap rendah diri mereka.

“Kami sekeluarga terharu apabila Nina dan Jovian sanggup membersihkan rumah kami dan meninjau keadaan rumah kami yang terjejas banjir,” katanya.

Nina dan Jovian dilihat bersahaja berehat di belakang sebuah trak pikap seusai membersihkan kawasan rumah mangsa banjir.



‘’Kehadiran mereka beserta pasukan sukarelawan yang lain di sekitar kawasan kami secara tidak langsung meringankan beban kami yang sangat terkesan dengan bencana ini,’’ akuinya.

Bencana Banjir yang terjadi di kawasan Hulu Langat ini adalah antara yang terburuk pernah berlaku.

Bencana ini telah memusnahkan sebahagian rumah, perabot serta peralatan elektrik selain kenderaan penduduk yang tidak dapat diselamatkan.

Nina Ismail dan Jovian bersihkan rumah mangsa banjir




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah



Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker