Hentikan jualan arak 24 jam, bukan restoran 24 jam

Hentikan jualan arak 24 jam, bukan restoran 24 jam

Amalan makan lewat malam di restoran 24 jam bukan penyebab utama masalah kesihatan rakyat Malaysia, kata Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Jawahar Ali Taib Khan.

Sebaliknya, katanya, aktivis dan NGO pengguna perlu memberi perhatian kepada penjualan minuman keras secara terbuka yang menurutnya lebih membahayakan keselamatan orang ramai.



“Ingin ditegaskan bahawa operasi restoran 24 jam bukanlah penyebab utama masalah kesihatan rakyat Malaysia malah ia turut dipengaruhi faktor lain seperti amalan gaya hidup sihat individu itu sendiri.

“Malah, untuk lebih realistik, semua pihak termasuk NGO dan aktivis pengguna perlu memberi perhatian kepada isu penjualan arak secara terbuka yang turut beroperasi 24 jam kerana ia lebih berisiko untuk keselamatan serta membahayakan orang ramai khususnya ketika di jalan raya,” katanya dalam kenyataan.

Jawahar berkata demikian bagi mengulas gesaan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader agar kerajaan menghapuskan lesen operasi 24 jam untuk restoran bagi mengekang tabiat buruk makan lewat malam.

Mohideen berkata satu kaji selidik menunjukkan makan lewat malam mewujudkan risiko obesiti berikutan penambahan 40 peratus daripada tenaga harian yang diperlukan dan memberi kesan negatif terhadap kesihatan gigi.



“Walaupun memendekkan waktu operasi restoran tidak akan menyelesaikan sepenuhnya isu obesiti di Malaysia, ia akan membantu mengurangkan makan lewat malam di kalangan rakyat Malaysia,” kata Mohideen dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Jawahar berkata gesaan CAP itu perlu diperhalusi dari sudut kesihatan, sosial serta budaya masyarakat Malaysia terutama membabitkan waktu bekerja serta fungsi restoran sebagai lokasi perbincangan atau pembelajaran.

“Sejak beberapa tahun ini, sudah menjadi budaya rakyat di negara kita menjadikan restoran sebagai pusat sehenti bukan saja untuk makan dan minum, malah dijadikan sebagai lokasi untuk bersosial selepas waktu kerja kerana suasana yang kondusif serta mudah diakses.

“Selain itu ada juga perjumpaan secara berkumpulan serta perbincangan ilmiah dijalankan di restoran tertentu pada waktu tengah malam yang dirasakan lebih sesuai berbanding waktu siang yang padat dengan urusan lain.



“Oleh yang demikian, Presma berpandangan, gesaan terbabit hanya sesuai dijalankan mengikut keperluan, lokasi, serta gaya hidup masyarakat agar ia dapat memenuhi keperluan semua pihak bukan saja pemilik restoran serta industri yang berkaitan,” katanya. Mk

Hentikan jualan arak 24 jam, bukan restoran 24 jam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau

Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?



‘Anak ikan’ resah

Sebab Syasya tinggalkan Dolla



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker