Masuk hari ketiga, Hadi Awang tidak muncul?

Masuk hari ketiga, Hadi Awang tidak muncul?

Sidang Khas Dewan Rakyat masuk hari ketiga membincangkan isu perihal Covid-19, namun mungkin ramai terleka akan ketidakhadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mengesahkan perkara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadli Shaari berkata, pemimpin itu tiada di dalam Dewan Rakyat hari ini.



“Ya, tidak datang. Saya tidak pasti kenapa,” katanya ringkas.

Semakan Utusan Malaysia dengan salah seorang pegawai di Parlimen juga menjelaskan yang Presiden Pas itu tidak hadir ke Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Abdul Hadi dilihat aktif dengan kenyataan minda Presidennya menerusi laman sosial Facebook di mana beliau mengulas tindakan beberapa ahli Parlimen yang dilihat mengganggu Perdana Menteri ketika menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak sempurna.

“Apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat kenyataan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak sempurna, maka kedengaran suara ejekan riuh rendah pihak yang menandakan tahap kefahaman mereka tanpa disedari dirinya bersifat sangat jahil.



“Inilah akibat apabila politik dipisahkan daripada agama sehingga menjadikannya tidak berakhlak, tanpa menyedari sikap yang terlanjur sehingga melupakan bahawa tiada yang sempurna melainkan Allah SWT sahaja,” tulisnya. Utusan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Masuk hari ketiga, Hadi Awang tidak muncul?




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Gagal Raih Mata Tertinggi, Pandelela Sebut ‘Babi’ (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker