Ibu Yati mengaku tidak bersalah persenda ayat al-Quran

Sebaran :

Ibu Yati mengaku tidak bersalah persenda ayat al-Quran

Seorang bekas wartawan arus perdana mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjelaskan doktrin bertentangan dengan hukum syarak dan mempersendakan ayat al-Quran di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Tertuduh, Wan Noor Hayati Wan Alias, 42, atau dikenali sebagai Ibu Yati bersama-sama dua lagi individu lain dituduh melakukan perbuatan tersebut antara Disember tahun lalu sehingga Februari tahun ini.

Dua lagi yang dituduh itu ialah Noorafiza Ahmad, 46 dan bekas pensyarah, Abdul Hamid Yeop Zainnuddin, 60.

Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah ke atas semua pertuduhan tersebut selepas ia dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee @ Shaii.

Mengikut pertuduhan, Wan Noor Hayati dan Noorafiza masing-masing menghadapi tiga dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 1995 iaitu menjelaskan doktrin yang bertentangan dengan hukum syarak.

Manakala Abdul Hamid pula berdepan dua pertuduhan di bawah seksyen sama serta satu pertuduhan di bawah Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 1995 kerana mempersendakan ayat al-Quran.

Untuk makluman, bawah Seksyen 7 Enakmen itu, yang dituduh itu akan berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun, enam sebatan.

Manakala kesalahan bawah Seksyen 9 Enakmen sama pula berdepan dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun selain denda RM5,000 atau kedua-dua jika sabit kesalahan.
salahan itu didakwa dilakukan menggunakan aplikasi media sosial iaitu Facebook.

Prosiding pagi yang dikendalikan oleh Ketua Pendakwa Syarie Zainor Rashid Hassim manakala kesemua tertuduh diwakili Peguam, Wan Amir Akram Zainal Abidin.

Mahkamah kemudian membenarkan semua tertuduh diikat jamin bersama-sama syarat tambahan lain seperti melaporkan diri kepada pejabat agama daerah selain tidak boleh memuat naik apa-apa dalam laman sosial mereka sehingga kes berakhir.

Wan Noorhayati diikat jamin sebanyak RM11,000 manakala Noorhafiza sebanyak RM5,000 dan Abdul Hamid sebanyak RM9,000.

Mahkamah juga menetapkan 2 November ini sebagai tarikh sebutan kes bagi Wan Noor Hayati dan Noorafiza manakala Abdul Hamid pada 18 Januari 2022.

Sebelum ini kecoh warga maya baru-baru selepas tersebar rakaman video yang memaparkan Ibu Yati melafazkan Ila Ha Ila Ra Ila Ma dan Aku Melayu sebanyak tujuh kali sebelum membuat paluan gong dalam satu ritual yang tular di media sosial. MG

Ibu Yati mengaku tidak bersalah persenda ayat al-Quran


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Gagal Raih Mata Tertinggi, Pandelela Sebut ‘Babi’ (Video)


Sebaran :

Leave a Reply