‘Respon Warkah’ Fadhlina jawab 14 isu berkaitan pendidikan

KUALA LUMPUR: Guru yang dikenal pasti menggunakan waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk terbabit dalam kempen atau sosial media boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dengan orang awam dan ibu bapa boleh memajukan aduan kerana tidak ada kebenaran khas diberikan untuk penjawat awam yang menggunakan waktu bertugas untuk berkempen.

Beliau turut mengingatkan mengenai tindakan tegas terhadap guru yang melanggar peraturan.

“Setiap aduan yang diajukan mengikut saluran SISSPA dan lain-lain telah pun diambil tindakan oleh unit integriti. Hinaan dan cacian yang menyentuh isu 3R (reja, agama dan bangsa) juga akan disiasat oleh pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui maklum balas berhubung 14 isu yang disentuh melalui hantaran ‘Respon Warkah’ yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Berhubung isu pemimpin parti memegang jawatan di Kementerian Pendidikan (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), beliau memohon mana-mana pihak yang menerima butiran dan lampiran sebagai dokumen sokongan, untuk berkongsi melalui pautan https://fadhlinasidek.com/kami-pro-mendengar/

Mengenai isu fahaman ekstrem dan pendekatan PPD serta JPN, beliau berkata KPM sentiasa menerapkan nilai karamah insaniah di dalam premis pendidikan.

Justeru, mana-mana guru dan pensyarah di bawah perjawatan KPM juga akan dikenakan tindakan jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

“Berhubung lantikan pentadbir sekolah yang tidak mengikut saluran, mana-mana negeri yang menerima makluman dan butiran berkenaan isu berkenaan diminta tampil untuk memberikan butiran.

“Ibu bapa dan guru sentiasa mahukan ketelusan dalam memposisikan pasukan pentadbiran di peringkat sekolah dan wajib mengikut kapasiti yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai isu guru yang tidak menyokong kerajaan serta mengajak murid untuk turut sama tidak menyokong.

“Guru-guru adalah barisan hadapan dalam membangun pendidikan manusiawi dan agenda Malaysia Madani.

“Jika terdapat mana-mana pihak yang dilihat membuat sabotaj dalaman dan indoktrinisasi yang tidak sihat, pentadbir diminta untuk ambil tindakan tuntas.

“PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) juga mampu berperanan dalam menjadi jambatan informasi dan aduan oleh murid,” katanya.

Fadhlina turut menjawab mengenai isu projek di sekolah sebagai dana pilihan raya, yang mana beliau menegaskan proses untuk mana-mana perolehan masih tertakluk kepada sistem pengurusan tender.

“Jika terdapat sebarang aduan dan maklum balas berkenaan isu penyalahgunaan dana bagi tujuan politik, boleh ajukan salah laku ke ke : https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=100

Beliau turut mengingatkan semua penjawat awam supaya sentiasa menggalas agenda dibawa ‘Government of The Day’ (kerajaan yang memerintah) bagi memastikan pelaksanaan dan perencanaan agenda pendidikan mampu mengikut landasan digariskan.

Pejabat Menteri Pendidikan sendiri, katanya, akan memainkan peranan dalam mengangkat Agenda Malaysia MADANI.

“Kami ambil tanggungjawab penuh dan akan menggiatkan lagi aktiviti yang melibatkan semua pemegang taruh pendidikan demi memastikan agenda Malaysa MADANI dapat dijayakan. Semua komentar dan saranan diraikan di segenap peringkat.

“Berhubung Program Pengisian Guru dan Dasar Kerajaan MADANI, Institut Aminuddin Baki telah pun menganjurkan Program Seminar Membangunkan Malaysia MADANI yang melibatkan semua pemegang taruh pendidikan.

“Namun, masih boleh ditambah baik di peringkat negeri dan daerah,” katanya.

Dalam hal berkaitan dakwaan ada guru ditindas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Daerah dan Negeri, Fadhlina berharap warga pendidik memahami komitmen dalam memastikan Teras Pertama: Komunikasi boleh diperbaiki dan ditambah baik adalah satu tekad dalam perkhidmatan KPM.

“Justeru, saya sediakan laluan aduan khusus melalui web saya agar setiap individu dapat membuat aduan tanpa khuatir mereka akan dikenakan tindakan.

“Ia boleh dibuat di URL, Kami Pro Mendengar https://fadhlinasidek.com/kami-pro-mendengar/,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman

Bakal doktor dicekup melacur

“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen

Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker