Isu doktor kontrak, PH jangan jadi hero

Sebaran :

Isu doktor kontrak, PH jangan jadi hero – Asyraf

Pakatan Harapan (PH) tiada legitimasi untuk menjadi ‘hero’ dan bercakap seolah-olah mereka berhak memperjuangkan isu doktor kontrak.

Sebaliknya PH merupakan pihak yang memasyhurkan Dasar Pengurangan Penjawat Awam ketika mula memerintah pada 2018, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

“Bukan itu sahaja, mereka juga yang memberhentikan ramai pekerja-pekerja sektor awam berstatus kontrak selain menarik balik elaun kritikal Pegawai Perubahan.

“Ini merupakan sebahagian perjuangan DAP-PH yang secara konsisten sebelum menjadi kerajaan mendakwa Kerajaan terlalu dibebankan dengan jumlah penjawat awam yang ramai,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya hari ini.

Sebab itulah pada 11 Mac 2020, kata Asyraf Wajdi, salah satu daripada enam pra-syarat yang diletakkan oleh Majlis Tertinggi UMNO untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri waktu itu ialah supaya Kerajaan baharu pimpinan beliau mestilah membekukan Dasar Pengurangan Penjawat Awam dan pembuangan pekerja-pekerja kontrak di sektor awam.

Semalam, semasa sidang Parlimen Khas, beberapa pemimpin PH membawa isu demonstrasi aman dalam kalangan doktor kontrak yang didakwa dianiayai oleh kerajaan. MG

Isu doktor kontrak, PH jangan jadi hero – Asyraf


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Gagal Raih Mata Tertinggi, Pandelela Sebut ‘Babi’ (Video)


Sebaran :

Leave a Reply