Akmal sahut pelawaan Adun DAP ‘minum kopi’

Akmal sahut pelawaan Adun DAP ‘minum kopi’

Pemuda Umno menyahut pelawaan ‘minum kopi’ daripada seorang wakil rakyat DAP untuk membincangkan isu berkaitan sekolah vernakular.

“Tetapkan tarikh, tempat, dan masa saya datang,” kata ketuanya, Dr Akmal Saleh di Facebook bagi menjawab Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran.



Semalam, Rajiv mengajak Akmal berbincang mengenai isu berkaitan sekolah vernakular, susulan kritikan pemimpin Umno itu terhadap bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramasamy.

Ramasamy dilapor berkata Akmal silap menyalahkan sekolah vernakular sebagai punca perpecahan kaum.

Ini selepas Akmal mencadangkan suatu dialog nasional diadakan bagi membincangkan integrasi aliran pendidikan kebangsaan dan vernakular, bagi merapatkan kembali jurang perpaduan antara kaum.

Rajiv mencadangkan Akmal memulakan dialog dengannya.



“Kita terbuka untuk perbahasan mahupun perbincangan secara terbuka untuk isu sekolah satu aliran ini,” jawab Akmal. FMT

Akmal sahut pelawaan Adun DAP ‘minum kopi’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kalau suami orang menggatal, aku maki terus – Puteri Balqis

Tangkap basah sebab ‘marketing’ drama?



Bukan tangkap basah – Ruhainies

Netizen serang IG Risteena



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker