Kenyataan saya tidak digambarkan dengan tepat – Saifuddin

Kerajaan tiada niat guna Akta Finas sekat kebebasan individu di media sosial, kata Saifuddin

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak pernah dan tidak berniat menggunakan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 bagi menyekat kebebasan individu di media sosial susulan kritikan pelbagai pihak, termasuk penggiat seni.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berkata, sebahagian daripada laporan yang tular berkaitan keperluan lesen Finas untuk perfilemen memberi gambaran yang tidak tepat sehingga membawa makna berbeza daripada maksud jawapan.

“Ketika menjawab soalan, saya hanya menerangkan tentang undang-undang yang sedia ada, iaitu Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 [Akta 244] yang diluluskan Parlimen pada tahun 1981.



“Akta tersebut telah digunakan selama ini, iaitu oleh kerajaan-kerajaan terdahulu, termasuk BN dan PH,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, pada 1981 teknologi yang ada pada masa itu tiada media sosial sepert Tik Tok, YouTube dan sebagainya.

Justeru Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) kini mengambil maklum bahawa akta itu perlu penambahbaikan.

“Ini sudahpun saya nyatakan dalam sidang media Kad Laporan 100 hari saya sebagai menteri KKMM pada 20 Jun, iaitu KKMM sedang menilai semula semua undang-undang di bawah pengawasannya.



“KKMM terbuka menerima apa-apa cadangan dalam memperbaiki bukan sahaja akta yang dibahaskan pagi tadi, malah semua undang- undang di bawah pengawasan KKMM supaya bersesuaian dengan kehendak semasa,” katanya.

Kenyataan Saifuddin di Dewan Rakyat pagi tadi menimbulkan kebimbangan dan dibantah pemimpin pembangkang, yang berkata, syarat lesen Finas itu akan membunuh industri kreatif dan membantutkan penyedia kandungan dalam kalangan anak muda khasnya.

Saifuddin dilaporkan berkata, penggambaran filem memerlukan lesen daripada Finas, termasuk melibatkan individu.

Keperluan itu turut terpakai ke atas mereka yang menggunakan platform media sosial seperti Instagram, Youtube dan TikTok.



Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang mempersoalkan adakah lesen Finas diperlukan untuk media sosial atau media tradisional.

Menurut laman sesawang Finas, bagi mendapatkan lesen pembikinan filem dan penggambaran video, pemohon mesti berdaftar sebagai pemilik syarikat Sdn Bhd dan mempunyai modal berbayar tidak kurang daripada RM50,000. FMT

Related Articles

One Comment

  1. sebab isu2 sebelum ini pun kau tak pernah jelas dengan tepat pudin oii…patut kena tukar menteri ni

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker