Juruwang hamil cedera ditumbuk

Juruwang hamil cedera ditumbuk

JOHOR BAHRU: Seorang juruwang wanita yang sedang hamil ditumbuk pelanggan wanita sehingga lebam di muka dalam kejadian di sebuah pasar raya di Southkey di sini, kelmarin.

Tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi satu minit lima saat yang memaparkan pelanggan wanita dilihat menumbuk muka juruwang terbabit ketika mengambil resit selepas pembayaran dibuat.



Berdasarkan maklumat dikongsikan mangsa dalam Facebook atas nama Zuriani Mahmood, 25, kejadian itu berlaku pada jam 3.17 petang ketika wanita terbabit membuat pembayaran dan mahu memulangkan barang yang dibelinya.

“Saya meminta dia untuk menunggu kerana pembelian itu sudah masuk ke dalam sistem juruwang.

“Bagaimanapun wanita itu dengan tiba-tiba memarahi dengan nada tinggi dan selepas pembayaran dibuat dia menumbuk muka sehingga mengakibatkan bengkak di bahagian bawah mata sebelah kiri,” menurut laporan polis yang dikongsikan mangsa.

Zuriani memaklumkan laporan polis di Balai Polis Majidee di sini pada hari yang sama kejadian berlaku.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi berkata, laporan berhubung kejadian tersebut sedang disemak. BH

Juruwang hamil cedera ditumbuk

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kalau suami orang menggatal, aku maki terus – Puteri Balqis

Tangkap basah sebab ‘marketing’ drama?



Bukan tangkap basah – Ruhainies

Netizen serang IG Risteena



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker