‘Orang lemas, jerit minta tolong’, bekas tentera dihantui ribut Greg

‘Orang lemas, jerit minta tolong’, bekas tentera dihantui ribut Greg

Pernah berkhidmat dalam pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Somalia, kapten tentera bersara Yazid Abdullah sudah biasa menyaksikan orang “mati di mana-mana”.

Bagaimanapun, pengalaman berdepan kemusnahan akibat ribut Greg di Sabah 27 tahun lalu masih mengejutkannya.



Hampir tiga dekad berlalu, Yazid masih dihantui memori melihat sekumpulan penduduk kampung, segelintirnya masih berada di dalam rumah kayu mereka, dihanyutkan arus deras Sungai Pampang di Keningau.

Bekas kapten berusia 60 tahun itu, yang sudah lali dengan kemusnahan, berasa tidak berupaya apabila melihat penduduk kampung lemas ‘ditelan’ air .

Menurutnya, ada penduduk kampung terperangkap dalam lumpur selain menjerit meminta bantuan dari tingkap rumah mereka.

“Sangat mengejutkan melihat orang lemas, hanyut atau melambai-lambai meminta bantuan, dan kita tak dapat berbuat apa-apa (untuk membantu) kerana arus deras,” katanya kepada FMT, mengenang kejadian ribut Greg melanda Sabah pada 26 Dis 1996.



Yazid masih ingat melihat rumah-rumah dihanyutkan arus deras dan hancur apabila terlanggar jambatan.

“(Rumah-rumah itu) seolah-olah masuk ke dalam pengisar. Hanya cebisan papan yang tinggal,” kata Yazid, yang menyertai Kementerian Pertahanan pada 1995.

Ribut ganas yang melanda Sabah sehari selepas Krismas itu membawa angin mencecah 85 km/j.

Yazid dan pasukannya dalam perjalanan merentasi 25 pusat di negeri itu untuk kegiatan perekrutan dan kebetulan berada di Keningau – daerah yang paling teruk terjejas – sehari sebelum ribut melanda.



Menuju ke Nabawan pada 7 pagi hari kejadian, mereka bertemu halangan yang tidak dijangka – jambatan merentasi Sungai Pampang ditenggelami air banjir, di mana tragedi berlaku di depan mata mereka.

Yazid bersama lima rakan sekerjanya berjaya menyelamatkan nyawa kira-kira 20 mangsa, namun hanya mampu mengumpul 10 mayat lain.

Pengalaman berdepan 10 mayat itu, termasuk seorang ibu hamil, menjadi sesuatu yang menghantui Yazid sehingga kini.

“Saya seorang anggota tentera terlatih, sudah biasa lihat kejadian begini, namun ia masih sangat menyedihkan,” katanya.



Ribut Greg bukan sahaja meragut banyak nyawa – di Keningau sahaja, sebanyak 227 orang terkorban – malah menyebabkan kira-kira 25,000 orang kehilangan tempat tinggal apabila tanah runtuh dan banjir memusnahkan kediaman mereka, dengan kerugian mencecah jutaan ringgit. FMT

‘Orang lemas, jerit minta tolong’, bekas tentera dihantui ribut Greg

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton

CEO Starbucks merungut apa tu?



Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan

Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker