Syed Saddiq merungut peruntukan ditarik balik

Syed Saddiq merungut peruntukan ditarik balik

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) mendakwa peruntukan kawasannya telah ditarik balik apabila dia keluar daripada blok kerajaan di Parlimen.

“Mengenai perkara ini, saya mendapat pengesahan daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) bahawa sebaik sahaja saya sertai blok (pembangkang) ini, peruntukan telah ditarik balik.



“Ini sama juga bagi semua ahli parlimen pembangkang, yang, saya yakin, tidak mendapat peruntukan sehingga hari ini,” kata Syed Saddiq di Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan dakwaan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bahawa kementeriannya tidak menghentikan sebarang pembinaan infrastruktur berkaitan pendidikan di mana-mana negeri.

Dia juga menggesa ahli parlimen supaya tidak membuat dakwaan yang tidak disahkan berdasarkan “cakap-cakap” di Dewan Rakyat. Bagaimanapun, dia tidak menamakan siapa yang dimaksudkannya.

Susulan itu, Tan Kar Hing (PH-Gopeng) berkata menteri tersebut mungkin merujuk kepada apa yang didakwa oleh Syed Saddiq sebelum ini – bahawa Putrajaya mahu menghentikan pembinaan dewan serbaguna di empat sekolah di kawasannya selepas dia meninggalkan blok kerajaan. Mk



Syed Saddiq merungut peruntukan ditarik balik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla



Pengacara popular tak bayar gaji staff?

Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)



Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker