GiatMara lahir 40 jutawan sejak 1986 – Ismail

GiatMara lahir 40 jutawan sejak 1986 – Ismail

Seramai 40 jutawan berjaya dilahirkan GiatMARA sepanjang penubuhannya pada 1986, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, dianggarkan 80% dari 400,000 peserta yang mengambil kursus di pusat latihan itu memperoleh pekerjaan.



“Saya hendak maklumkan di sini, sesiapa yang mengambil kurus bersama GiatMara ini 80% daripada yang mengambil kursus itu dapat pekerjaan, terlibat dalam bidang perniagaan.

“Sejak ditubuhkan, tak silap saya 400,000 lebih telah pun dilatih dan ada 40 jutawan yang dihasil dan dilahirkan GiatMara,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Ismail mahu program ‘Kampungku Mahir’ anjuran GiatMARA yang antara lain menawarkan perkhidmatan baik pulih pendawaian serta membaiki motosikal diperluaskan ke lebih banyak kawasan kampung.

Beliau berkata, program itu bukan hanya memberi faedah kepada penduduk yang menerima perkhidmatan daripada warga GiatMARA, namun dalam masa sama membolehkan penduduk khususnya golongan belia turut mempelajari kemahiran asas yang diperlukan mereka sepanjang pelaksanaan program berkenaan.



“Kemahiran seperti membaiki motosikal sebagai contoh boleh diajar kepada golongan muda dan selepas itu, mungkin bukan hanya boleh membaiki motosikal sendiri, namun kemahiran tersebut boleh digunakan untuk bekerja dengan orang lain atau membuka bengkel sendiri.

“Saya setuju untuk program yang membawa manfaat seperti ini diperluaskan ke lebih banyak kawasan dan GiatMARA adalah satu daripada kisah kejayaan kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB),” lapor Bernama. FMT

GiatMara lahir 40 jutawan sejak 1986 – Ismail


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin



Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker