Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir

Netizen tak percaya minta jangan sebar fitnah

Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir

Nama pelakon Bella Astillah sekali lagi menjadi sorotan ramai apabila tular beberapa keping gambar yang memaparkan kemesraannya bersama pelakon baharu, Muaz Zabir.

Bukan sahaja foto malah tular tangkap layar perbualan mereka berdua menerusi kiriman WhatsApp seperti yang dikongsikan menerusi akaun TikTok Edisi Umat.



Mesej dengan perkataan romantis itu bertarikh Oktober 2023 sekaligus mengaitkan kisah Bella turut berlaku curang di belakang suaminya yang juga penyanyi serta pelakon, Aliff Aziz.

Pun begitu, warganet tidak percaya dengan penyebaran foto yang didakwa telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Netizen membuat andaian, individu terbabit sengaja ingin memburuk-burukkan reputasi Bella selepas apa yang terjadi terhadap rumah tangganya ketika ini.

Malah, ada juga yang turut mengaitkan jika pihak terbabit sengaja mahu menampakkan kesalahan Bella atas yang berlaku termasuk ke khalwat yang melibatkan Aliff dan Ruhainies pada awal Mac lalu.



Bagaimanapun, pengguna media sosial itu berpendapat gambar boleh disunting tetapi kes ditangkap khalwat tidak boleh diubah.

Pada masa sama, ada segelintir pihak memohon agar berhenti menyebarkan fitnah yang tidak pasti selagi Bella dan Muaz belum memberikan kenyataan tentang gosip liar itu.

Usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada Bella dan Muaz masih belum berhasil selepas mereka tidak menjawab panggilan telefon selain tidak membalas kiriman WhatsApp.

Menerusi semakan di Instagram, Muaz telah menutup ruangan komen dan memadam beberapa foto di platform berkenaan.



Difahamkan, Bella dan Muaz pernah bekerjasama menerusi sebuah drama pada September tahun lalu.

Pada 9 Mac lalu, Aliff dan Ruhainies kantoi ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Susulan itu, Bella bertindak memfailkan penceraian secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sekadar info, Bella dan Aliff bernikah pada September 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean,7, dan Ara Adreanna yang kini berusia empat tahun. Utv



Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aliff Syukri padam video lagu raya lepas kena kecam teruk



Datuk Red mengaku ‘scammer’

Diva AA buat hal di Fiesta Raya Baling 2024



‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker