Bill Gates temui cinta baharu

Bill Gates temui cinta baharu

Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates dilaporkan menemui cintanya iaitu Paula Hurd yang merupakan balu bekas Presiden Oracle, lapor portal berita MailOnline semalam.

Paula ialah balu Mark Hurd yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat komputer tersebut. Mark meninggal dunia pada usia 62 tahun pada 2019 selepas dilaporkan bertarung dengan kanser.

“Mereka tidak dapat dipisahkan. Mereka telah bersama lebih setahun dan dia (Paula) selalu digambarkan sebagai wanita misteri,” kata seorang rakan pasangan tersebut kepada MailOnline.

Pernah menjadi eksekutif teknologi, Paula kini menjadi perancang dan penganjur acara dan seorang dermawan.

Mendiang suaminya menghabiskan sebahagian besar kerjayanya di syarikat teknologi NCR dan kemudian di Hewlett-Packard sebelum menyertai Oracle pada 2010. Dia mempunyai anggaran nilai kekayaan bersih AS$500 juta (RM2.16 bilion) ketika kematiannya.

Menurut majalah Us, pada Mei 2021, Gates dan Melinda bercerai selepas 27 tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dengan tiga orang anak. K Online

Bill Gates temui cinta baharu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker