Pemimpin kanan DAP mohon maaf, jangan campur lagi urusan orang Islam

Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham hari ini memohon maaf atas cadangannya agar pakar perlembagaan dari kalangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah.

Ahli parlimen DAP itu berkata dia langsung tidak berniat masuk campur dalam hal ehwal agama Islam dengan membuat cadangan itu.

“Saya menjangka proses ini akan melibatkan cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Cadangan saya adalah untuk memastikan bahawa semua pandangan diambil kira sebelum apa-apa cadangan pindaan di buat.

“Sehingga ia dijelaskan baru-baru ini, saya tidak mengetahui bahawa jawatankuasa khas tersebut sebenarnya telah dibentuk oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Oleh itu saya dengan ini menarik balik cadangan saya dan memohon maaf dengan tulus hati,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat khususnya yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di negara ini.

Sultan Sharafuddin bertitah bahawa MKI yang dipengerusikan baginda memegang amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan segala hal ehwal berkaitan umat Islam, serta dianggotai barisan pakai dalam pelbagai bidang, khususnya melibatkan undang-undang dan agama Islam.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata peringatan itu hadir tepat pada masanya.

“Seyogia titah Sultan Selangor hadir tepat masanya sekaligus perlu menjadi titik noktah kepada mana mana Ahli Politik yang gagal memahami realisme politik Malaysia dalam cakupan yang menyeluruh.

Ngeh membuat cadangan itu pada Khamis lalu, seterusnya mengundang kritikan daripada sejumlah pihak, termasuk dari dalam DAP antaranya Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata Ngeh khilaf berkaitan punca kuasa Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah.

Loke juga berkata dia sedar cadangan itu akan menimbulkan polemik yang DAP cuba mencampuri urusan agama Islam dan menafikan tanggapan seumpama itu.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Awak berhijab tapi berpakaian seolah terlanjang”

Senarai artis bercerai 2023

Pusinglah selagi boleh pusing, jumpa di mahkamah

Rita Rudaini mengamuk dituduh perampas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker