Israel koyak cuak tengok pemberita pakai sari warna bendera Palestin (Video)

Israel koyak cuak tengok pemberita pakai sari warna bendera Palestin (Video)

Satu temu bual yang disiarkan menerusi rangkaian televisyen India menjadi tumpuan apabila tetamu jemputan, seorang ahli Pasukan Khas Perisikan Israel, Frederic Landau, ‘koyak’ gara-gara warna baju yang dipakai pemberita.

Menerusi klip video tular yang dimuat naik di laman media sosial, memaparkan sebahagian temu bual tersebut yang dihoskan oleh Pengarang Eksekutif Mirror Now, Shreya Dhoundial.



“Saya dapat lihat warna yang awak pakai petang ini dan sebab itu saya sengaja memakai baju warna biru dan putih. Dengan segala hormatnya kepada hijau, merah dan hitam yang anda sengaja pakai, biru dan putih akan sentiasa menang,” kata Frederic.

Membalas kenyataan Frederic, Shreya berkata, pakaian yang dia kenakan itu merupakan milik neneknya dan tidak melambangkan sokongan kepada Palestin.

“Janganlah kita membahagikan warna atas dasar agama. Untuk maklumkan, pakaian yang saya pakai adalah sari nenek saya.

“Jika dia masih hidup, dia berusia kira-kira 105 tahun hari ini. Dia tidak tahu mengenai konflik Palestin dan Israel dan sari ini sama sekali tidak menandakan sebarang sokongan kepada mana-mana pihak,” ujarnya.



Dalam pada itu, Shreya, menegaskan bahawa dia tidak akan membenarkan Frederic untuk membuat keputusan bagi pihaknya.

“Saya tak akan biarkan awak pilih apa yang saya pakai, apa yang saya nak cakap. Saya akan mengatakan apa yang saya perlu sepertimana yang saya lihat,” ujarnya.

Konflik antara kedua-dua pihak tersebut yang kini memasuki hari ke-15 telah mengorbankan kira-kita 4,137 rakyat Palestin manakala 13,163 yang lain cedera dengan kebanyakannya orang awam. K Online

Israel koyak cuak tengok pemberita pakai sari warna bendera Palestin (Video)



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker