Pelawak Singapura hina Malaysia secara melampau (Video)

Pelawak Singapura hina Malaysia secara melampau (Video)

Seorang pelawak wanita dipercayai kelahiran Singapura bertindak keterlaluan memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komedi berdiri ‘Singapore vs Malaysia’ yang dipercayai diadakan di negara itu, baru-baru ini.

Menerusi klip video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok pelawak wanita dikenali sebagai Jocelyn Chia, dia turut secara sengaja menghina seorang penonton yang mengaku sebagai rakyat Malaysia dengan perkataan kesat.

Selain itu, pelawak berkenaan turut membandingkan Malaysia yang hanya bertaraf negara membangun berbanding negaranya yang lebih maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.

Sepanjang rakaman video berdurasi 1 minit 29 saat itu, pengisian bahan lawak dipersembahkan Jocelyn Chia berbaur kata-kata dan memek muka memperlekehkan Malaysia.

Ini termasuk jenaka keterlaluan beliau yang menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan ‘tidak mendarat’.

Meskipun persembahan komedinya menerima tepukan penonton, rata-rata netizen menerusi hantaran video di TikToknya mengecam lawak beliau yang dianggap keterlaluan.

Ada netizen menggesa Jabatan Imigresen tidak membenarkan pelawak berkenaan masuk ke Malaysia selain menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan. BH

Pelawak Singapura hina Malaysia secara melampau (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dolla mahu terbang tinggi

Ini sebab ramai bau wangi waktu malam

Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti

Seluar dalam Fify Azmi jadi perhatian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker