Biar Betul! BTS Dan Justin Bieber Bakal Berkolaborasi Bersama

Menurut PageSix, BTS dan Justin Bieber dilaporkan bakal berkolaborasi dalam sebuah lagu yang akan datang.

Kolaborasi Sedang Berada Dalam Proses

Kolaborasi BTS dan Justin Bieber juga dikatakan sedang berada dalam proses dan berkemungkinan sebagai deluxe repackage album terbaru Justin Bieber, Justice.

Mereka sedang mengambil masa mereka dan memastikan dirilis dengan betul.”-PageSix

BTS Dan Justin Bieber Kini Sebumbung



Ramai yang mula membuat spekulasi bahawa kolaborasi itu dapat dilakukan selepas syarikat pelaburan Amerika Syarikat, Ithaca Holdings bergabung dengan HYBE America pada awal tahun ini.

Dimiliki oleh Scooter Braun, Ithaca Holdings adalah syarikat induk SB Projects, iaitu sebuah syarikat agensi Scooter Braun yang menguruskan Justin Bieber, Ariana Grande, Demi Lovato, dan ramai lagi. Tidak lama selepas partnership telah disahkan, BTS telah memberikan welcome message kepada Justin Bieber dan artis SB Holdings yang lain.

“Ianya berita yang hebat dan membuat kami semua kagum! Justin Bieber, Ariena Grande, J Balvin! Pasukan di sebalik semua ini dan ramai artis luar biasa telah bergabung dengan HYBE.”- RM BTS

Tak sabar nak dengar lagu kolaborasi BTS dan Justin Bieber!-Murai



Justin Bieber ‘mencari’ Tuhan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker