Pele Tak Ingat Berapa Anak

LONDON: Beliau adalah legenda bola sepak yang meledak 12 gol dalam 14 perlawanan Piala Dunia – dan memiliki hubungan sulit yang tidak terkira banyaknya.

Pada usia 80 tahun ketika ini, Pele mendedahkan bagaimana dia mengambil kesempatan ke atas wanita yang ‘bersujud’ di kakinya ketika dia berada pada zaman kegemilangannya dahulu.

Wira Brazil yang berkahwin sebanyak tiga kali itu mengakui dia menjadi ayah kepada ramai kanak-kanak sehinggakan dia sendiri tidak menyedari ada antara anak itu wujud.



“Secara jujurnya, saya ada beberapa kali menjalinkan hubungan sulit – ada antaranya sehingga melahirkan anak tetapi saya hanya tahu mengenainya pada kemudian hari.”

Hanya lima anak Pele yang dikenali setakat ini termasuklah Sandra Machado – yang tidak diakui oleh Pele meskipun mahkamah memutuskan wanita itu adalah anak perempuannya pada 1996.

Lima lagi anaknya – Kelly, 54, Edinho, 50, Jennifer, 42, serta kembar berusia 24 tahun, Joshua dan Celeste, adalah hasil dua perkahwinan pertamanya bersama Rosemeri dos Reis Cholbi dan Assiria Lemos Seixas.

Sandra yang meninggal dunia akibat kanser pada 2006 adalah anak luar nikah hasil hubungan terlarang bersama pembantu rumah, Anisia Machado.



Flavia, 52, pula dilahirkan selepas hubungan sulitnya bersama wartawan, Lenita Kurtz pada 1986.

Namun dalam satu dokumentari yang akan disiarkan pada minggu depan, Pele mendakwa dia memberitahu kepada isteri dan kekasihnya yang dia sememangnya curang.

“Isteri pertama saya, kekasih pertama saya tahu mengenai perkara ini, Saya tidak pernah berbohong,” katanya. -Agensi-BH

Pele belum sedia serah takhta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker