Saya tolak pelbagai manfaat ketika jadi menteri dakwa Syed Saddiq

Saya tolak pelbagai manfaat ketika jadi menteri dakwa Syed Saddiq

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil menjawab dakwaan beliau gagal membangkitkan isu gaji dan elaun terlalu tinggi menteri ketika berada dalam Kabinet Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, beliau menolak dua permit import (AP) yang diluluskan untuk mengimport kereta mewah semasa menjadi menteri dan turut membuat potongan gaji sebanyak 10%.

Katanya, beliau juga menolak banglo yang diperuntukkan kepadanya serta tawaran membeli sebidang tanah “mewah” di Putrajaya pada harga diskaun.

“Apabila berkhidmat dahulu, saya juga merupakan menteri pertama yang mengisytiharkan aset dan juga mengamalkan proses tender terbuka supaya orang terbaik dipilih, bukan kroni dan juga keluarga.

“Sejak 2019 saya dah cadangkan untuk kaji semula elaun menteri dan pertahankan hak penjawat awam,” katanya dalam video satu minit yang dimuat naik ke Facebooknya malam ini.

Pada akhir 2019, Jabatan Perkhidmatan Awam berkata, ia akan membatalkan elaun perkhidmatan kritikal (BIPK) untuk penjawat awam baharu bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan pada masa depan.

Bekas Ketua Pemuda Bersatu itu bagaimanapun tidak bersetuju dengan pemansuhan elaun berkenaan atas alasan ia akan memberi kesan kepada generasi muda yang menyertai perkhidmatan awam pada tahun berikutnya.

Syed Saddiq menjawab persoalan dibangkitkan pengguna Twitter malam ini yang mempersoalkan mengapa pengasas MUDA itu tidak membangkitkan isu pembaziran dalam kerajaan ketika beliau menganggotai Kabinet PH.

“Jangan amalkan ‘double standard’,” kata warganet berkenaan. FMT

Saya tolak pelbagai manfaat ketika jadi menteri dakwa Syed Saddiq


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker