Bersatu Putrajaya kini lumpuh?

PUTRAJAYA: UMNO Bahagian Putrajaya mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di bahagian itu semakin lumpuh, malah sudah ditolak sebahagian besar pengundi di situ.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penerangannya, Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya berkata, perkara itu juga bukan pun isu baharu, bahkan dapat dirasai sendiri berdasarkan tinjauan di lapangan kebelakangan ini.

“Keadaan politik sekarang sudah berbeza, waima memang jauh berbeza daripada ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018 lalu,” katanya di sini semalam.



Semalam, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa parti itu masih lagi dalam situasi kukuh walaupun banyak pemimpin bahagian tersebut menyertai UMNO.

Ini termasuk bekas ketuanya, Datuk Seri Dr. Erwan Mohd. Tahir serta naib ketua, setiausaha, ahli jawatankuasa, kepimpinan Srikandi dan Armada serta lebih 120 anggota bahagian itu.

Mengulas lanjut, Mohd. Hisamudin yang mesra disapa sebagai Datuk Yob berkata, secara teknikal Bersatu di Putrajaya sebenarnya sudah lumpuh ibarat hidup segan, mati tidak mahu.

Kepemimpinan UMNO juga sehingga kini masih merujuk Bersatu dengan akronim PPBM kerana parti serpihan itu memecahbelahkan bangsa Melayu dan tidak layak pun dianggap Bersatu.



Situasi itu ujarnya, menyebabkan pengundi Melayu menolak calon Bersatu pada pilihan raya kecil di Semenyih dan Tanjung Piai pada 2019 kerana dianggap bersekongkol dengan DAP.

Padahal UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada masa itu berada dalam keadaan amat lemah apabila segala akaun dana dibeku dan kurang akses kempen kecuali platform media sosial.

“Bahkan pada PRU-14, calon Bersatu di Putrajaya sendiri ditolak para pengundi meskipun UMNO berdepan serangan fitnah dan persepsi jahat,” kata Mohd. Hisamudin.

Beliau merujuk kemenangan Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mampu menewaskan calon Bersatu, Samsu Adabi Mamat mewakili Pakatan Harapan.



Pandangan sama turut dikongsi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Dr. Tengku Iqbal Munawwir Tengku Adnan sambil menyifatkan dakwaan Hamzah sebagai lebih syok sendiri.

Apatah lagi, imej Bersatu kian hancur terpalit kontroversi kos mega ubah suai kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana bernilai RM38.5 juta sewaktu tempoh darurat akhir Mac lalu.

Isu itu bahkan muncul selepas tular kes pembinaan tiga dewan komuniti di Pagoh diwakili Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencecah RM34.5 juta awal Januari lalu. – UTUSAN ONLINE

Bersatu Putrajaya kini lumpuh?




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

Ketua Bersatu Putrajaya keluar parti, kembali ke pangkuan Umno



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker