Dua gengster muka jambu lepas 64 tembakan ditahan di KLIA

Dua gengster muka jambu lepas 64 tembakan ditahan di KLIA

Tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menggagalkan cubaan dua lelaki disyaki ahli kongsi gelap warga Taiwan yang dikehendaki pihak berkuasa negara itu untuk berselindung di negara ini.

Kedua-dua warga asing itu diberkas pada 20 April lalu selepas memasuki Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dari Taiwan.



Tangkapan ke atas dua suspek itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Mereka dikatakan terlibat dalam kejadian melepaskan 64 das tembakan dalam dua kejadian di New Teipei pada 19 dan 20 April lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, berikutan tangkapan itu, pihaknya menyerahkan kedua-dua suspek kepada wakil polis negara berkenaan untuk dibawa pulang ke Taiwan pada pukul 2.45 petang kelmarin.

Menurut Acryl Sani, penahanan ke atas suspek dibuat selepas waran tangkap dan arahan pembatalan pasport dikeluarkan oleh kerajaan Taiwan.



“Kedua-dua suspek merupakan orang dikehendaki oleh pihak polis Taiwan kerana disyaki terlibat dengan kes tembakan di negara itu.

“Mereka berdua juga dipercayai ahli kongsi gelap dan anggota sindiket scammer (penipuan) di Taiwan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Acryl menjelaskan, penahanan ke atas kedua-dua suspek tersebut dibuat di bawah Akta Imigresen 1959/63 sebaik mereka tiba di Balai Ketibaan KLIA.

“Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama erat antara PDRM dan pihak berkuasa Taiwan. Kolaborasi ini akan diteruskan untuk mengenal pasti rangkaian jenayah berkaitan kedua-dua suspek di Malaysia.



“PDRM amat komited dalam menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Justeru, langkah-langkah keselamatan akan diambil bagi memastikan Malaysia tidak dijadikan negara transit atau destinasi bagi mana-mana pihak yang melanggar undang- undang,” ujarnya.

Dua suspek itu dipercayai terbabit dalam pertikaian membabitkan dua kumpulan gengster di Taiwan iaitu Bamboo Union Gang dan geng Huashan.

Ekoran pertelingkahan itu, sebanyak 13 tembakan dilepaskan di daerah Banqiao, New Taipei pada 19 April 2023 diikuti 51 tembakan yang diletupkan ke atas sebuah premis pajak gadai di daerah Tucheng, New Taipei pada keesokan harinya. K Online

Dua gengster muka Jambu lepas 64 tembakan ditahan di KLIA



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker