Air mata Zamani di konsert ‘terakhir’ sebelum dibedah

 

AKSI Zamani yang tidak dapat menahan sebak memeluk pengurusnya, Alan (gambar kanan) sewaktu menjayakan Konsert Doa Buat Zamani Unplugged malam tadi.

KUALA LUMPUR – “Saya minta maaf kerana tidak dapat kawal perasaan ini.”

Demikian ungkapan penyanyi Zamani yang tidak dapat menahan sebak ketika mendendangkan lagu berjudul Namun Ku Punya Hati pada penghujung konsert Doa Buat Zamani Unplugged yang berlangsung malam tadi.V

Zamani berkata, dia tidak dapat menahan air mata mengenangkan sokongan tidak berbelah bahagi daripada semua peminat yang hadir termasuk ahli keluarga dan sahabat handai.



“Terima kasih yang hadir pada malam ini (malam tadi). Maaf jika ada kekurangan daripada diri ini.

“Terima kasih juga buat isteri. Hanya awak yang ada dalam hidup saya. Awak yang tak pernah jemu tiupkan semangat untuk saya melangkah,” katanya.

Konsert yang dihadiri lebih 2,000 orang itu menjadi saksi kuat semangat vokalis kumpulan Slam itu memberikan persembahan terbaik sebelum melangkah ke dewan bedah bagi penyakit tulang belakang melengkung atau skoliosis awal November depan.

Kehadiran tetamu istimewa Datuk Aznil Nawawi turut memberikan kejutan apabila pengacara tersohor itu melelong beg jenama mewah miliknya yang berharga RM15,000 kepada mana-mana hadirin bagi membantu menampung kos rawatan dan kegunaan Zamani selepas pembedahan.



“Alhamdulillah, sebelum ini saya dapat kumpulkan RM122,000 untuk kos rawatan dan pembedahan Zamani hanya dalam masa 32 jam dilancarkan.

“Malam ini (semalam), saya dengan berbesar hati mahu melelong beg tangan peribadi milik saya ini dengan harga lelongan RM15,000 bagi menambah kewangan buat Zamani selepas pembedahan nanti.

“Saya juga berbesar hati untuk sekali lagi melancarkan tabung yang hanya dibuka untuk tempoh 24 jam. Dengan kuasa viral media sosial, ambillah gambar dan sebarkan, marilah kita sama-sama membantu,” katanya sebak.

Tidak sampai 20 minit, beg tersebut dibeli penyanyi nasyid UNIC, Dr. Fitri Haris yang diundang membacakan doa pada konsert berkenaan.



Fitri berkata, dia sudah berbincang dengan isteri untuk membeli beg berkenaan dalam usaha meringankan beban Zamani.

“Bukan atas faktor jenama beg tersebut yang menjadi ukuran, sebaliknya, saya berniat membantu Zamani,” katanya.

Konsert Doa Buat Zamani Unplugged turut dihadiri barisan artis popular tanah air yang juga merupakan idola Zamani sendiri seperti Datuk Ramli Sarip, Fauziah Latiff dan Rahim Maarof.

Terdahulu, Zamani atau nama lengkapnya Zamani Ibrahim, 51, mengakui tahap kesihatannya semakin merosot teruk akibat masalah skoliosis yang dihidapi sejak empat tahun lalu.



Zamani berkata, buat masa ini, dia bergantung hidup dengan mengambil ubat tahan sakit setiap hari sementara menunggu proses pembedahan yang dijadualkan pada awal November depan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker