Aksi ‘Cium Molot’ dan minum arak oleh The 1975, menteri berang arah penganjur beri penjelasan

Penganjur Good Vibes Festival 2023 telah diminta memberi penjelasan susulan tindakan kumpulan The 1975 yang membuat aksi kurang sopan dalam konsert yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, malam tadi.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam perkongsian di Twitter turut memaklumkan akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan laporan penuh insiden itu.

“Ini satu tindakan yang sangat biadab. Saya telah panggil penganjur untuk beri penjelasan esok, dan akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk dapatkan laporan penuh,” katanya.



Media melaporkan persembahan The 1975 di Good Vibes Festival 2023 dihentikan selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.

Beliau didakwa memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). – Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna

Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik



Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau

Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker