Siling runtuh di Queensbay Mall

Siling runtuh di Queensbay Mall

GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan pusat beli-belah terbesar di negeri itu menutup sebahagian kawasan terjejas dengan runtuhan siling akibat hujan lebat malam tadi.

Video kejadian di Queensbay Mall itu dirakam orang awam yang sedang merakam laluan pejalan kaki dinaiki air di tingkat tiga pusat beli-belah berkenaan.



Video itu merakam bahagian 10m papan siling runtuh.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 11.10 malam itu kerana kebanyakan kedai sudah ditutup.

“Kami mengarahkan pemilik bangunan mendapatkan perunding untuk memeriksa kawasan itu bagi menentukan punca siling runtuh,” kata jurucakap MBPP kepada FMT.

Katanya, notis gangguan dikeluarkan kepada pemilik pusat membeli-belah itu yang mengarahkan mereka menutup kawasan terjejas.



Queensbay Mall dalam kenyataan berkata, hujan lebat menyebabkan air melimpah ke bahagian pusat beli-belah itu, menjejaskan beberapa kedai di zon selatan tingkat tiga.

“Kawasan terjejas telah dibersihkan dan semua penyewa beroperasi seperti biasa hari ini,” kata pusat beli-belah itu sambil menambah satu bahagian terjejas di aras tiga ditutup sementara.

Sementara itu, seorang pegawai kerajaan negeri mendedahkan kawasan Bayan Lepas yang juga lokasi terletaknya pusat beli-belah itu, mencatatkan hujan hampir 70mm sejam malam tadi. Kawasan itu menerima kira-kira 200mm hujan setiap bulan. FMT

Siling runtuh di Queensbay Mall



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai



Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar

Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker