Rogol remaja 16 tahun, sarjan mengaku tak salah

Bapa lima anak itu didakwa merogol mangsa dalam sebuah kereta pada 12 Jan.

Rogol remaja 16 tahun, sarjan mengaku tak salah

IPOH: Seorang anggota polis berpangkat sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol seorang remaja, bulan lalu.

Sharil Amir Shaari, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.



Dia didakwa merogol seorang remaja perempuan berumur 16 tahun dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan hadapan sebuah pasar raya di Seri Iskandar pada kira-kira 4 petang, 12 Jan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Qurratu’aini Khalifah tidak menawarkan jaminan kerana bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa, manakala peguam Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid memohon anak guamnya diberi jaminan rendah atas alasan perlu menanggung isteri dan lima anak dengan pendapatan bersih sebanyak RM2,000.

Ainul membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin serta syarat tertuduh tidak boleh mendekati mangsa.



Mahkamah menetapkan 25 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pada 28 Jan, polis menahan anggota berkenaan bagi membantu siasatan kes rogol pelajar tingkatan empat di Seri Iskandar. FMT

Rogol remaja 16 tahun, sarjan mengaku tak salah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Skandal Spanco, siapa terbabit?

Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab



Memang kami lepak dengan Hot Daddy

Saharul Ridzwan jual rumah pula



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker