Komitmen kerajaan bantu kewangan Felda – Shabery

Komitmen kerajaan bantu kewangan Felda – Shabery

Komitmen kerajaan dalam memberi jaminan sehingga RM9.9 bilion untuk Felda menerbitkan sukuk dapat membantu mengurangkan beban kewangan organisasi itu.

Pengerusinya, Ahmad Shabery Cheek, berkata jaminan itu memberi makna yang besar kepada Felda dalam usaha melaksanakan transformasi selain dapat membantu menyempurnakan pelaksanaan pelupusan hutang peneroka.



“Di bawah kerajaan perpaduan, jelas wujud satu perjanjian bahawa kerajaan akan membantu Felda untuk membayar semula sukuk.

“Pengesahan kerajaan melalui jaminan ini menggembirakan Felda dan memberi kelegaan kepada seluruh warga Felda,” katanya kepada Bernama selepas program Ruang Bicara bertajuk ‘Transformasi Felda Memakmurkan Peneroka’ terbitan Bernama TV, malam tadi.

Minggu lepas, Kementerian Kewangan mengumumkan bermula tahun ini, kerajaan telah menyalurkan peruntukan sehingga RM1 bilion setahun bagi membolehkan penebusan semula sukuk Felda yang antara lainnya membiayai hapus kira hutang peneroka.

Sebelum itu, kementerian dalam kenyataan turut memaklumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim merangkap menteri kewangan telah menandatangani perjanjian melibatkan Jaminan Kerajaan kepada Felda untuk menstruktur semula pinjaman agensi itu dengan sebahagian besar melibatkan pengurangan prinsipal hutang Felda bersama institusi kewangan sebanyak RM7.9 bilion.



Perjanjian itu antara lain akan mengurangkan kos kewangan Felda terhadap kadar faedah yang dikenakan serta membolehkan Felda memberi pemansuhan 80% hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion yang dilaksanakan pada 2021.

Dalam pada itu, Shabery berkata Felda akan mula memberi tumpuan kepada usaha menaik taraf kemampuan ekonomi digital di semua wilayahnya.

Katanya, antaranya termasuk memastikan infrastruktur capaian internet dan kesalinghubungan di seluruh wilayah Felda dipertingkatkan supaya dapat menjana potensi e-dagang dan ekonomi gig.

“Perkara pertama yang saya akan lakukan sebagai pengerusi selepas ini ialah turun padang bagi melihat sendiri bagaimana keadaan infrastruktur telekomunikasi di seluruh kawasan Felda serta usaha yang boleh dilakukan bagi meningkatkan pemasaran produk Felda,” katanya. FMT



Komitmen kerajaan bantu kewangan Felda – Shabery

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Barang’ nampak terjojol, Putera Muhammad minta maaf



Sophia AlBarakbah berang, nama dipetik goda suami orang lagi

Bapa jumpa semula anak diculik selepas cari selama 22 tahun



Yasmin Hani posing pakai swimming suit, netizen tegur patut bersyukur pada Allah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker