Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatatkan keuntungan bersih yang rendah sebanyak RM80.7 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 (tahun kewangan 2023) berbanding RM101.6 bilion pada tahun sebelumnya, sebahagian besarnya berikutan purata harga direalisasi yang lebih rendah.

Perolehan pada tahun kewangan 2023 susut kepada RM343.6 bilion daripada RM372.3 bilion sebelum ini, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dalam kenyataan.

“Perolehan yang rendah itu sebahagian besarnya berikutan purata harga direalisasi yang lebih rendah untuk semua produk yang sejajar dengan penurunan harga penanda aras.



“Ini sebahagiannya diimbangi oleh jumlah jualan yang lebih baik, terutamanya daripada produk petroleum dan impak pertukaran asing,” katanya pada majlis pengumuman prestasi kewangan Petronas bagi tahun kewangan 2023

Pada suku keempat tahun kewangan 2023, keuntungan bersih syarikat minyak nasional itu merosot kepada RM16.6 bilion daripada RM24.4 bilion manakala perolehan susut kepada RM91.7 bilion daripada RM104.2 bilion sebelum ini.

Pelaburan modal berjumlah RM52.8 bilion pada tahun kewangan 2023, terutamanya disumbangkan oleh projek-projek huluan dan gas.

Aliran tunai kumpulan daripada aktiviti operasi merosot RM21.1 bilion atau 16% sejajar dengan tunai yang rendah dijana daripada operasi, sebahagiannya dilaraskan oleh pendapatan faedah lebih tinggi yang diterima.



Tengku Taufik berkata perbelanjaan modal domestik naik 41% daripada tahun kewangan 2022 terutamanya untuk pelaburan terbuka dalam projek gas asli cecair terapung Petronas berhampiran pantai di Sabah serta Pembangunan Lapangan Gas Kasawari dan Kemudahan Penyerapan karbon dioksida (CO2) di Sarawak.

Jumlah aset mengukuh kepada RM773.3 bilion sehingga 31 Dis 2023 manakala ekuiti pemegang saham naik kepada RM443.5 bilion setakat 31 Dis 2023 terutamanya didorong oleh keuntungan yang dicatatkan oleh pemegang saham, katanya.

Tumpu peralihan tenaga, dukung disiplin modal

Tengku Taufik berkata sejajar dengan langkah pihaknya yang akan terus mendukung amalan pengurusan dan disiplin kewangan yang berhemat, Petronas memperkukuh komitmen pengurangan pelepasan karbon dalam perniagaan teras dan meneruskan inisiatif untuk penyelesaian tenaga lebih bersih.



“Kami kekal komited untuk melaksanakan strategi peralihan tenaga dan dalam masa sama berusaha untuk memastikan kecemerlangan operasi. Pelaksanaan kedua-duanya menjadi penting dalam usaha mengembangkan nilai portfolio perniagaan bersepadu kami,” katanya.

Beliau berkata Petronas telah membangunkan strategi yang jelas untuk peralihan tenaga.

Strategi itu bertujuan memastikan pendekatan seimbang dalam menawarkan penyelesaian kurang pelepasan karbon dan pada masa sama menyediakan asas bagi sistem tenaga baharu, katanya.

“Bagi keseluruhan kumpulan, kami melakarkan kemajuan dalam memenuhi sasaran jangka masa pendek untuk mengehadkan pelepasan karbon pada 49.5 juta tan setara karbon dioksida pada 2024 dalam operasi domestik kami.



“Dalam memandang jauh ke hadapan, Petronas kekal berazam meneruskan usaha meningkatkan pelaksanaan kami sebagai rakan kongsi tenaga dan penyelesaian yang progresif.”

Mengenai prospek, Tengku Taufik berkata ekonomi global suram semasa memasuki tempoh 2024 berikutan prestasi ekonomi yang lebih rendah berbanding jangkaan semasa menghampiri akhir 2023 yang menyebabkan perbelanjaan dan pelaburan berhati-hati oleh perniagaan dan pengguna.

“Dalam keadaan cabaran makroekonomi ini, pasaran minyak dan gas menghadapi ketidaktentuan susulan permintaan global yang lembap selain risiko bekalan meningkat ekoran peningkatan ketegangan geopolitik di Timur Tengah dan Eropah,” katanya.

Beliau berkata pada masa sama, industri tenaga sedang mengalami peralihan kepada penyelesaian lebih bersih.



“Meskipun mengalami semua cabaran itu, Petronas kekal teguh mendukung disiplin modal dengan mencapai keseimbangan di antara memperkukuh perniagaan teras dengan memanfaatkan peluang dalam perniagaan baharu termasuk penyelesaian tenaga bersih, di samping menguruskan pelepasan karbon secara bertanggungjawab seiring dengan strategi peralihan tenaga kami,” katanya.

“Petronas juga giat memajukan projek penangkapan dan penyimpanan karbon pertama di Kasawari dan meneruskan usaha untuk pengoperasian loji gas asli cecair di Kanada selain meningkatkan nilai tambah projek tenaga boleh baharu dan hidrogen,” katanya.

Stay current – Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Beliau juga berkata perbelanjaan modal Petronas tipikal stabil di antara RM50 bilion dengan RM60 bilion setahun dan 20% daripada perbelanjaan modal itu diperuntukkan bagi perniagaan penyahkarbonan dan perniagaan baharu.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini

Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka

Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida

Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker