Undang-undang mana Muhyiddin pakai PM kena runding dengan PN?

Undang-undang mana Muhyiddin pakai PM kena runding dengan PN?

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil membidas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai rundingan bersama gabungan itu untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen.

Isham berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya boleh mengadakan rundingan dengan kepimpinan partinya sahaja bagi menentukan tarikh pembubaran Parlimen sempena Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) kelak.



“Dia ingatkan PM bahawa jika ingin bubar Parlimen, PM kena runding dengan dia (PN) dulu.

“Saya ingin tanya Muhyiddin, dia pakai undang-undang mana yang kata PM perlu rujuk kepada dia atau parti dia sebelum bubar Parlimen?

“Jika pun PM akan rujuk mana-mana parti, tentunya PM akan rujuk kepada partinya sendiri iaitu UMNO dan bukannya PPBM atau PN atau parti orang lain untuk bubar Parlimen, katanya dalam satu kenyataan.

Isham membuat kenyataan balas itu merujuk kepada kenyataan Muhyiddin yang mengingatkan Ismail Sabri bahawa PN perlu dibawa ke meja rundingan dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen.



Muhyiddin berkata, perkara itu dizahirkannya ketika pertemuan dengan Ismail Sabri ketika program berbuka puasa degnan beberapa kepimpinan PN, semalam.

Turut hadir adalah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden STAR Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden Gerakan, Senator Datuk Dr Dominic Lau.

Dakwa beliau, Muhyiddin ini kaki pusing kerana semalam Presiden Parti Pribumi Bersatu MAlaysia itu jumpa PM ajak bekerjasama.

Selarnya, sebelum ini ada laporan kata Muhyiddin pergi jumpa orang lain minta sokongan nak jadi PM semula.



”…maksudnya nak jatuhkan PM sekarang. Apa punya khianat. Bulan puasa pun gila kuasa,” ujarnya. MG

Undang-undang mana Muhyiddin pakai PM kena runding dengan PN?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia



‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker