Najib mahu kemuka bukti baharu sebelum keputusan rayuan kes SRC

Najib mahu kemuka bukti baharu sebelum keputusan rayuan kes SRC

Beberapa hari sebelum Mahkamah Rayuan dijadualkan membuat keputusan terhadap rayuan Najib Razak berhubung sabitan kes SRC International membabitkan wang RM42 juta, bekas Perdana Menteri itu memfailkan permohonan untuk mengemukakan keterangan baharu.

Najib memfailkan notis usul di Mahkamah Rayuan untuk mengambil keterangan daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki dan keterangan lanjut daripada pegawai penyiasat SRC Rosli Hussein atau orang lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam afidavit sokongan usul itu, Najib berkata, ia dilakukan kerana semua isu yang dibangkitkan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan belum diteliti sepenuhnya dan ia adalah untuk kepentingan keadilan supaya beliau mendapat perbicaraan secara adil dengan mengemukakan semua bukti.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, pada 19 Nov, SPRM telah mengesahkan bahawa RM65 juta dana berkaitan 1MDB diperoleh semula daripada Cutting Edge Industries, sebuah syarikat di Singapura yang dikawal oleh Tawfiq Ayman dan rakan kongsinya, Samuel Goh.

Tawfiq ialah suami kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz.

Sebelum itu dilaporkan bahawa awal tahun ini, Iron Rhapsody milik Tawfiq dan anak lelakinya, telah menerima sejumlah RM66 juta daripada syarikat dan akaun bank yang mempunyai kaitan dengan Low Taek Jho (Jho Low), ahli perniagaan dalam buruan berhubung skandal 1MDB.

Polis Singapura juga dilaporkan telah memaklumkan kepada BNM pada 2015 dan 2016 mengenai transaksi meragukan membabitkan syarikat milik Tawfiq, dengan dana itu datang daripada akaun yang dikaitkan dengan Jho Low. Zeti adalah Gabenor BNM pada ketika itu.

Najib berkata, keterangan tambahan daripada Azam dan Rosli perlu diambil kerana ia tidak disediakan ketika perbicaraan.

“Saya percaya ia ditahan oleh responden (timbalan pendakwa raya) dan agensi siasatan relevan termasuk BNM, SPRM, Pasukan Petugas Khas untuk menjejaskan perbicaraan saya secara adil atas sebab politik,” katanya.

Pendaftar Mahkamah Rayuan minggu lalu berkata, ia mengekalkan tarikh 8 Dis untuk keputusan itu selepas menolak permohonan Najib untuk penangguhan. FMT

Najib mahu kemuka bukti baharu sebelum keputusan rayuan kes SRC


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)

‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker