Jualan Keluarga Malaysia tawar harga 15-20% lebih murah

Jualan Keluarga Malaysia tawar harga 15-20% lebih murah

Program Jualan Keluarga Malaysia (JKM) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini dilaksana dengan strategi serampang dua mata iaitu membasmi peranan orang tengah dan menawarkan barangan pada harga subsidi demi manfaat rakyat.

Lebih 50 jenis barangan keperluan asas termasuk produk pertanian dan hasil laut bakal ditawarkan pada harga 15 hingga 20 peratus lebih murah.



Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata penganjuran JKM bermula di Pantai Dalam di sini, sebelum diperluaskan ke 222 kawasan Parlimen adalah strategi jangka pendek dalam menangani peningkatan harga barangan keperluan rakyat.

Katanya, jualan di seluruh negara akan bermula Sabtu ini, dengan kekerapan dua kali sebulan.

Beliau berkata, pelbagai produk daripada pengeluar akan dibawa terus ke tapak jualan JKM untuk tanpa kos tambahan daripada faktor orang tengah.

“Bekalan barangan diambil terus dari ladang dan pengeluar tanpa membabitkan orang tengah, justeru barangan dijual lebih murah kepada pengguna dalam jarak 10 kilometer (km) dari tempat jualan.



“Dalam keadaan sukar pada ketika ini, kementerian memahami rakyat memerlukan barangan pada harga mampu dimiliki dan tiada yang kelaparan di rumah.

“Kami harap inisiatif bersama ini memanfaatkan pengguna, terutama golongan B40,” katanya kepada BH, semalam.

Alexander berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di setiap negeri sudah diarah mengenal pasti lokasi bersesuaian bagi pelaksanaan program JKM.

Sebagai permulaan, katanya, JKM dilaksanakan di lokasi terpilih dan kekerapannya akan ditambah mengikut kesesuaian dari semasa ke semasa, berbanding perancangan asal dua kali sebulan.



Program cetusan KPDNHEP itu diadakan dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Alexander berkata, JKM akan diadakan di banyak lokasi sehingga harga barangan keperluan asas di pasaran kembali stabil.

“Kita faham ada kekangan tertentu dari segi logistik dan akses untuk orang ramai ke tapak JKM, khususnya penduduk di kawasan pedalaman.

“Oleh itu, pendekatan lain yang digunakan demi memastikan kesan JKM mampu sampai ke golongan sasar, khususnya B40 ialah menerusi kaedah jualan bergerak menggunakan trak dan lori.



“Jika penduduk di pedalaman tidak dapat atau berdepan kekangan ke tapak JKM, kami akan bawa barangan keperluan yang dijual pada harga lebih rendah sehingga ke kawasan rumah mereka.

“Perkara ini penting kerana kita mahu pastikan kesan daripada penganjuran JKM adalah menyeluruh, bukan sekadar memberi manfaat kepada penduduk di bandar atau pinggir bandar,” katanya.

Selain ayam, telur dan barangan segar, Alexander berkata, JKM turut menawarkan sardin tin, kopi, biskut, kicap, sos cili, gula tepung gandum, minyak masak serta beras pada program pelancaran yang bermula jam 8 pagi.

Katanya, program yang julung kali diadakan itu turut menjemput pembabitan pasar raya tempatan dan vendor yang berminat menawarkan harga barangan lebih rendah daripada pasaran.



“Ini masanya untuk kita semua berganding bahu saling membantu seperti satu keluarga dengan mengambil kira semangat Keluarga Malaysia diilhamkan Perdana Menteri.

“JKM adalah strategi jangka pendek bagi menangani isu kenaikan harga barangan keperluan asas dan pada masa sama, kerajaan akan menetapkan penyelesaian terbaik bagi menangani masalah ini untuk jangka masa panjang,” katanya. BH

Jualan Keluarga Malaysia tawar harga 15-20% lebih murah


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)

‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker