Bandar Raya New York terkaya di dunia

 

WASHINGTON – Bandar-bandar di Amerika Syarikat (AS) dan China mendominasi senarai 10 bandar terkaya di dunia pada 2023, manakala hanya satu bandar dari Eropah iaitu London yang memasuki senarai itu, lapor akhbar The Nation Thailand.

Senarai itu diterbitkan oleh firma migrasi pelaburan antarabangsa, Henley & Partners dengan kerjasama firma risikan kekayaan global, New World Wealth dengan mengambil kira bilangan jutawan pemastautin.



Bandar Raya New York dinobatkan sebagai bandar terkaya di dunia dengan memiliki 340,000 jutawan, manakala dua lagi hab kekayaan AS, San Francisco Bay Area dan Los Angeles berada di tempat ke-3 dan ke-6 dengan masing-masing mempunyai 285,000 dan 205,4000 individu dengan nilai kekayaan tinggi (HNWI).

HNWI ditakrifkan sebagai individu yang mempunyai kekayaan boleh dilabur melebihi AS$1 juta (RM4.4 juta).

Tokyo yang mendahului senarai 10 teratas pada tahun lalu jatuh ke tempat kedua dengan seramai 290,300 jutawan manakala London turun ke tempat keempat dengan 258,000 jutawan.

Singapura yang dianggap bandar paling mesra perniagaan di dunia dan salah satu destinasi utama jutawan pemastautin, menduduki tempat ke-5 dengan 240,100 jutawan, manakala Sydney berada di tempat ke-10 dengan 126,900 jutawan.



Tiga bandar terbaik China iaitu Hong Kong (129,500 jutawan), Beijing (128,200 jutawan) dan Shanghai (127,200 jutawan) masing-masing menduduki tempat ke-7, ke-8 dan ke-9.

Ketua Pegawai Eksekutif Henley & Partners, Juerg Steffen berkata, tujuh daripada 10 bandar terkaya di dunia terdiri daripada negara yang menganjurkan program migrasi pelaburan rasmi dan secara aktif menggalakkan pelaburan langsung asing sebagai balasan untuk hak kediaman dan kewarganegaraan. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul



Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah

Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker