Siti Nurhaliza sahkan Aliff Syukri penyanyi nombor 1 negara
Siti Nurhaliza sahkan Aliff Syukri penyanyi nombor 1 negara
Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin ‘mengesahkan’ Datuk Aliff Syukri memegang status sebagai penyanyi nombor satu negara, sekali gus nama beliau kini berada di ‘belakang’ usahawan kosmetik tersebut.
Perkara itu ‘diakui’ oleh Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil Tokti sewaktu membalas komen Aliff Syukri secara berseloroh pada Instagram beliau.
Tangkap layar kiriman balas Tokti di ruangan komen Aliff Syukri di Instagram beliau baru-baru ini.
“Cantiknya awak idola saya. Awak kenal tak saya artis nombor satu ni,” kata Aliff Syukri meninggalkan komen pada video promosi tudung dimuat naik Siti Nurhaliza.
Dalam masa sama, Siti Nurhaliza turut melayan mesra komen tersebut dengan ‘mengakui’ Aliff Syukri adalah penyanyi nombor satu.
“Mestilah kenal awak penyanyi nombor satu. Saya di belakang awak ya,” ujar beliau.
Sementara itu, pengikut Siti Nurhaliza turut meninggalkan komen terhibur maklum balas tersebut.
“Tokti terpaksa puji Datuk, tak nak Datuk kecil hati, Datuk jangan perasan sangat ya,” kata pengguna media sosial miyamustafa.14 secara berjenaka.
“Kak Iti layankan sajalah, sebab kita orang tahu siapa yang nombor satu menyanyi dulu dan legenda. Tak layan nanti kecil hati,” seloroh merowl. K Online
Baca Artikel Menarik:
- Isteri ND Lala fail cerai
- Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja
- Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?
- Pulanglah Zalina
- Diana dedah punca fail cerai terhadap Farid Kamil
- Hidayah dakwa disihir sejak menjadi balu arwah Abam
- Harjit Singh Hullon, 45 tahun baca berita RTM
- Kumpulan doktor kontrak bidas ugutan ingin mogok
- Pemimpin Umno kalah pemilihan bawa lari ‘harta’ parti, dedah Zahid
- Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz
- Karipap berkulat, Vendor mengaku kitar semula karipap tak laku
- Penemuan cakar misteri seperti spesies dinosor buat pakar haiwan keliru
- Pengantin perempuan buat kecoh mahu berkahwin lain di balai polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak