Siasat remaja meninggal dunia akibat kelalaian hospital

Siasat remaja meninggal dunia akibat kelalaian hospital

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius kes membabitkan seorang remaja yang meninggal dunia akibat demam denggi yang didakwa berpunca dari kelemahan diagnosa pegawai perubatan di Hospital Tuaran.

Pengarahnya, Datuk Dr Asits Sanna, berkata satu siasatan menyeluruh dan telus sedang dijalankan untuk mengenal pasti tindakan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan rawatan kesihatan kepada rakyat Sabah.



“Jabatan Kesihatan Sabah sentiasa berusaha dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kualiti rawatan di Hospital Tuaran.

“Hospital Tuaran kini mempunyai empat pakar yang bertugas iaitu seorang pakar perubatan am, dua pakar pediatrik dan seorang pakar perubatan kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Asits berkata, siasatan awal sudah dijalankan jabatan kesihatan dengan menyemak rekod perubatan ketika kedatangan pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tuaran.

Beliau berkata, pihaknya mendapati pesakit hadir ke Jabatan Kecemasan dan Trauma sebanyak dua kali iaitu pada 25 dan 28 Disember 2023.



“Pesakit itu adalah warganegara lelaki berusia 18 tahun dari Kampung Bulieng, Tuaran. Dia hadir ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tuaran jam 11.23 pagi pada 25 Disember 2023 dengan gejala sakit ulu hati (epigastric pain) dan muntah selama sehari.

“Berdasarkan rekod, pesakit tidak mengadu sebarang gejala lain seperti demam, cirit-birit, sakit dada atau sesak nafas.

Selain itu, pemeriksaan tanda vital semasa menerima rawatan juga adalah stabil dengan bacaan suhu adalah normal,” katanya.

Beliau berkata, pesakit itu kemudian diberikan rawatan ubat gastrik dan ubat tahan muntah melalui suntikan intravena dan dibenarkan pulang selepas lebih kurang sejam pengawasan di zon pemerhatian.



“Pesakit juga dinasihatkan datang semula dengan segera ke hospital jika gejala bertambah teruk.

“Beliau (pesakit) datang semula ke Unit Kecemasan dan Trauma pada jam 8.50 pagi pada 28 Disember 2023 kerana mempunyai gejala pendarahan dari hidung, demam, muntah, cirit-birit dan kurang selera makan.

“Susulan itu, pesakit diperiksa pakar perubatan kecemasan bertugas dan disahkan menghidap penyakit denggi. Memandangkan keadaan pesakit ketika itu tidak stabil, dia dirujuk dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut pada jam 11.30 pagi hari yang sama.

“Bagaimanapun, pesakit disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth pada hari berikutnya,” katanya.



Media sebelum ini melaporkan, tragedi pesakit meninggal dunia berpunca daripada tidak mendapat rawatan sewajarnya di Hospital Tuaran berulang lagi, apabila seorang remaja disahkan meninggal dunia selepas dirujuk di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 29 Disember lalu.

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, dilaporkan mendakwa pesakit malang itu, Aidil @ Erjuand Christian, 18, dari Kampung Buleing, Tamparuli, dibawa keluarganya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tuaran kerana mengalami demam panas pada 25 Disember lalu. BH

Siasat remaja meninggal dunia akibat kelalaian hospital

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan

Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]



Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara

Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker