Desak gugur Tajuddin sebagai duta besar ibarat pertikai kuasa Agong – PM

Desak gugur Tajuddin sebagai duta besar ibarat pertikai kuasa Agong – PM

Ismail Sabri Yaakob berkata pihak yang mendesak ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman digugurkan sebagai duta besar ke Indonesia ibarat mempertikaikan kuasa Yang Dipertuan Agong.

Ini kerana pelantikan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu sudah pun mendapat kelulusan Jemaah Menteri dan perkenan Agong, kata perdana menteri.

“Janganlah kita persoalkan kuasa Agong pula. Agong dah perkenan…kita nak tarik balik pula. Nak desak Agong lah tu sebab Agong yang beri perkenan,” katanya kepada media selepas merasmikan persidangan perwakilan MTUC 2022 di Universiti Malaya.

Ismail berkata watikah pelantikan duta besar ke Indonesia itu sepatutnya sudah diserahkan kepada Tajuddin namun tertangguh kerana keadaan Agong sebelum ini.

“Sepatutnya dah serah watikah hari itu tetapi Agong gering. Selepas ini akan serahkan,” katanya.

Baru-baru ini, pelbagai pihak khususnya dalam kepimpinan Umno mendesak Tajuddin digugurkan sebagai duta besar ke Indonesia kerana tindakannya menyerang Presiden Zahid Hamidi secara terbuka disifatkan sebagai “memalukan”.

Ketika ditanya adakah beliau yang juga naib presiden Umno itu bersedia untuk menjadi “orang tengah” mendamaikan keadaan, Ismail berkata tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana semuanya sudah selesai.

“Tidak timbul orang tengah sebab perkara itu orang dah cakap,” katanya sambil menegaskan tiada kem dalam Umno seperti didakwa.

“Hanya ada satu kem dalam Umno.”

Beliau diminta mengulas dakwaan Umno terbahagi kepada puak yang menyokong dirinya sebagai perdana menteri dan presiden Umno.

Ini susulan pendedahan Tajuddin baru-baru ini mengenai isu dalaman Umno yang dilihat seolah parti itu berpecah.

Ditanya perkembanganan terkini pindaan perlembagaan Umno, Ismail berkata parti itu masih menunggu kelulusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

“Belum dapat lagi kerana dalam masa 60 hari sehingga 16 Julai ini. Masih tunggu lagi,” katanya. FMT

Desak gugur Tajuddin sebagai duta besar ibarat pertikai kuasa Agong – PM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker