Bayaran bantuan RM700 buat penjawat awam tak lengkap vaksin ditangguhkan

Bayaran bantuan RM700 buat penjawat awam tak lengkap vaksin ditangguhkan

Kerajaan mengarahkan bayaran Bantuan Khas Kewangan 2022 sebanyak RM700 ditangguhkan buat penjawat awam yang tidak mendapat vaksin lengkap.

Berita Harian melaporkan arahan itu terkandung dalam pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh semalam.



Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Mohd Khairul Adib Abd Rahman dipetik akhbar itu berkata, pengecualian hanya untuk penjawat awam yang tidak divaksin atas faktor kesihatan dan mendapat pengesahan pengamal perubatan berdaftar.

Katanya, penjawat awam yang melengkapkan vaksinasi selewat-lewatnya 31 Mac depan layak mendapat bayaran RM700 itu.

“Pembayaran ini juga tidak layak diberikan kepada pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf, termasuk pegawai yang memangku, dipinjam, ditukar sementara serta penempatan khas ke gred jawatan utama atau gred khas.

“Seterusnya, pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Jan tahun ini hingga 25 Jan 2022, serta pegawai ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam bagi tempoh sama.



“Selain itu, pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 hingga 25 Jan tahun depan, dan pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai badan berkanun yang diasingkan saraan,” katanya dalam pekeliling itu.

Khairul berkata, penangguhan bayaran itu turut meliputi pegawai yang ditahan kerja, digantung atau mempunyai rekod surat pertuduhan dikeluarkan pihak berkuasa tatatertib.

Katanya, bayaran itu hanya akan dibuat, jika pihak berkuasa tatatertib mendapati individu terbabit tidak bersalah.

Beliau berkata, pegawai persekutuan yang meninggal dunia pada 25 Jan depan layak mendapat bayaran RM700 itu.



“Bantuan khas ini akan dibayar pada 25 Jan tahun depan dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran.

“Tertakluk kepada penerimaan pakai oleh pihak berkuasa masing-masing, arahan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan,” menurut pekeliling itu. FMT

Bayaran bantuan RM700 buat penjawat awam tak lengkap vaksin ditangguhkan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker