Pendedahan TMJ mengenai Statut Rome buat Mahathir marah sakan.

Akhirnya Apa Yang TMJ Katakan Tentang Statut Rom Ternyata Benar

Hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad mengelar Tengku Mahkota Johor (TMJ) sebagai budak kecil yang bodoh dan tidak tahu apa-apa sedangkan sebaliknya, hakikat dan realitinya, TMJlah satu-satunya anggota kerabat diraja yang berani bangkit menyanggah Perdana Menteri yang diisytihar nombor 47 paling hebat dalam dunia.

Demikian bidas Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat, Datuk Lokman Noor Adam.

“Ya, memang hebat, hebat menipu. Rakyat negara ini patut berterima kasih dengan TMJ yang telah mendedahkan penipuan Mahathir, Tommy Thomas dan Menteri Liberal Saifuddin Abdullah,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Ujarnya, sekiranya penipuan mereka tidak didedahkan, sudah pasti tidak akan berlaku U-Turn pertama pada 5 April 2019 dengan penipuan Mahathir yang menyatakan Ratifikasi Statut Rom bakal dibatalkan.

“Namun, hari ini rakyat Malaysia kena sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada orang yang Mahathir gelar ‘Bodoh’ ini kerana telah menyelamatkan kita dari dibodohkan oleh Mahathir sekali lagi.”

Katanya, penentangan TMJ terhadap Ratifikasi Statut Rom walaupun Mahathir sudah mengumumkan pembatalan ratifikasi hari ini ternyata berasas apabila Mahathir kali ini membuat O-Turn dengan menyatakan Ratifikasi Statut Rom akan dikaji semula dan mereka akan memperjelaskan kepada rakyat tentang kebaikan Statut Rom supaya rakyat boleh terima(sila rujuk lampiran di bawah).

“O-Turn Mahathir ini sememangnya sudah lama kami jangka, itu sebabnya kita tidak bernah berhenti melakukan Jelajah Menentang Statut Rom. Namun, suka tidak suka, saya kena berterus terang bahawa saya agak kecewa dengan sikap Mahathir yang tidak mempunyai rasa kekok atau bersalah bila terus menerus menipu rakyat negara ini.



“Sepatutnya, bulan Ramadan yang mulia ini akan digunakan sehabis baik untuk bersedia mengadap-Nya, bukan dengan menambah dosa,” katanya. – MediaUMNO

Umno Online

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker