Speaker tolak undi Tajuddin, nafi lindung Rashid

Speaker tolak undi Tajuddin, nafi lindung Rashid

Dewan Rakyat membatalkan undian Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) dalam pengundian belah bahagi pelanjutan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), yang dibuat pada 20 Julai.

Speaker Azhar Harun mengumumkan perkara itu sambil menjelaskan, undi Tajuddin tidak dikira memandangkan wakil rakyat itu digantung dua hari hingga 21 Julai daripada menghadiri Parlimen, susulan arahan Timbalan Speaker Rashid Hasnon.

Azhar berkata, semasa proses pengundian pada hari berkenaan, beliau tidak dimaklum Tajuddin digantung bagi tempoh itu menjurus membenarkan Tajuddin mengundi usul.

“Saya dibawa perhatian tindakan Pasir Salak mengundi pada 20 Julai 2022…padahal beliau digantung dalam tempoh tersebut. Sebenarnya, semasa pengundian saya pengerusi majlis saya tak dimaklum tentang penggantungan, sekiranya saya tahu tentu saya tak benar Pasir Salak mengundi usul menteri dalam negeri.

“Jadi, saya menggunakan peruntukan 100, untuk meminda keputusan belah bahagian usul menteri dalam negeri hari tersebut 20 Jul 2022, daripada 105 bersetuju, kepada 104 bersetuju, tidak hadir dipinda dari 32 kepada 33, manakala undi tidak bersetuju 83 tetap sama,” katanya di Dewan Rakyat ketika membuat keputusan selepas isu itu dibangkit Teo Nie Ching (PH-Kulai).

Susulan itu, Tajuddin tampil menjelaskan bahawa beliau pada hari kejadian tidak dihalau, sebaliknya hanya keluar dari Dewan Rakyat kerana tidak mahu kekecohan berterusan berlaku, sebelum kembali untuk mengundi dan meminta Azhar mengira undinya.

Azhar kemudian menjelaskan, beliau mengakui ketika timbalan speaker membuat keputusan Tajuddin dihalau keluar, keadaan Dewan kecoh menyebabkan keputusan itu tidak didengari dengan jelas.

“Saya lihat keadaan semasa itu suasana hiruk-pikuk, saya tak salahkan Pasir Salak, tak dapat dengar apa timbalan speaker cakap, jadi kita tutup kes ini,” katanya.

Penjelasan Azhar itu tidak diterima Teo sambil mendakwa ia sebagai satu usaha melindungi kelemahan timbalan speaker dalam membuat keputusan.

Beliau turut menepis dakwaan Ahli Parlimen pembangkang bahawa cuba melindungi timbalannya.

“Jangan tuduh saya melindungi (Rashid), saya tidak pernah melindungi. Saya mengaku silap saya, saya sudah dengar. Cukup Kulai. Saya sudah adil, keputusan sudah dibuat, tolong duduk. Jangan tuduh saya lindungi, saya mengaku silap saya.

Semalam, Teo menggesa supaya Rashid diambil tindakan selepas didakwa mengelirukan Dewan Rakyat mengenai “arahan” mengusir Tajuddin. FMT

Speaker tolak undi Tajuddin, nafi lindung Rashid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pesawat terhempas di Ipoh, jurulatih penerbangan maut [VIDEO]

Kereta BMW plat Singapura langgar kereta anak Sultan Johor [VIDEO]

Resepi Mee Kuah Udang Bikin Mentua Sayang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker