Terjawab Sudah, Pengiran Mateen Dedah Penyebab Kemangkatan Pengiran Azim

Akhirnya punca kemangkatan Pengiran Abdul Azim pada hari 24 Oktober yang lalu terjawab. Menerusi sebuah muatnaik terbaru dari Pengiran Muda Abdul Mateen atau Prince Mateen di Instagram sebentar tadi, Mateen telah menjelaskannya secara terperinci.

“Pada awal tahun ini, kekanda saya didiagnosis dengan vaskulitis sistemik yang teruk, yang merupakan penyakit autoimun. Penyakit autoimun adalah keadaan sistem imun yang tidak normal di mana antibodi menyerang tisu badannya sendiri.”

“Pada masa yang sama, dia juga menghidapi gangguan bipolar (bipolar disorder) yang membuat dia sukar untuk melawannya. Akhirnya, kekanda saya mengalami kegagalan organ yang disebabkan oleh jangkitan berterusan, kerana penyakit autoimun, dan menjadi penyebab kematiannya pada pagi 24 Oktober 2020 yang lalu . Kami ingin berkongsi maklumat mengenai penyakit-penyakit ini kerana saya tahu inilah yang dimahukan oleh kekanda saya.”



Sementara itu, Mateen turut mengenang kembali kenangan manis bersama kekandanya yang tak akan dilupakan.

“Saya menghabiskan setiap hari sepanjang zaman kanak-kanak saya dengan kekanda saya. Dia banyak mengajar saya dan menjadikan saya siapa saya hari ini, dan kerana itu  saya sentiasa bersyukur.”- tambahnya lagi.

Mateen turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengucapkan takziah di atas pemergian kekandanya dan akui sangat merindui Allahyarham.



“Terima kasih semua atas ucapan takziah anda dan kerana terus mendoakan Pengiran Azim. Kami ok. Kami hanya merindui dia. Sehingga kita bertemu lagi bang!”

Foto: Instagram @tmski 

Pemergian Pengiran Muda Haji Abdul Azim pada usia 38 tahun begitu mengejutkan seluruh rakyat Brunei. Anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah itu mangkat pada jam 10.08 pagi waktu tempatan dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas waktu Asar-Murai

Bersahabat Dengan Mariah Carey, Ini 5 Fakta Mengenai Allahyarham Pengiran Muda Haji Abdul Azim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker