Gabenor BNM kata bukan semua mahu ‘Moratorium’, Benarkah?

PETALING JAYA: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, bukan semua peminjam meminta moratorium pinjaman secara “pukul rata”, berdasarkan pilihan mereka dalam bantuan pembayaran balik yang ditawarkan kini.

Dalam sidang media bersama Jabatan Statistik hari ini, Nor Shamsiah berkata, 1.4 juta peminjam memohon bantuan pembayaran balik dengan bank mereka setakat 31 Dis 2020, dengan kadar kelulusan 95%.

Beliau berkata, hanya 55% peminjam memilih pelanjutan moratorium, manakala 45% lagi sebaliknya memilih pengurangan ansuran bulanan.

Tambah beliau, ini dapat diperhatikan pada isi rumah dan peminjam dalam segmen berpendapatan rendah, termasuk B40.

“Ini menunjukkan bahawa peminjam tidak meminta moratorium ‘pukul rata’. Mereka tidak mahukan satu penyelesaian untuk semua masalah.

“Mereka mahukan bantuan yang disesuaikan dengan keadaan kewangan mereka,” kata beliau.

Nor Shamsiah menegaskan bahawa moratorium pinjaman secara “pukul rata”, yang disokong oleh ramai ahli politik pembangkang, bahkan Ahli Parlimen kerajaan, bukan untuk kepentingan terbaik rakyat dan ekonomi.

[VDEO] WOW!!!..Lepas Berlakon, CIK B Mahu Jadi Penyanyi, Bakal Muncul Dengan Single Sendiri Pada 1 Disember

Beliau berkata, idea bahawa hanya moratorium yang akan membantu ekonomi adalah satu “salah faham”.

Kata beliau, moratorium “pukul rata” akan menghakis penimbal bank dan membuatkan bank lebih memilih untuk menghindari risiko, sekali gus menyukarkan individu dan perniagaan mendapatkan pinjaman baharu.

Tambah beliau, kekukuhan dan keuntungan bank penting bagi berjuta-juta rakyat Malaysia, kerana ramai antara mereka adalah pendeposit dan pemegang saham.

“Pendekatan yang bersasar adalah lebih baik berbanding moratorium ‘pukul rata’ kerana ini meletakkan pilihan di tangan peminjam untuk membuat keputusan kewangan mereka sendiri.

“Penting bagi mereka untuk membuat keputusan yang tepat berdasarkan keadaan kewangan mereka sendiri.

“Bantuan akan terus tersedia bagi mereka yang memerlukan bantuan pembayaran balik, sementara mereka yang mampu harus membayar pinjaman mereka,” kata beliau.

Nor Shamsiah berkata, dengan keadaan ekonomi global dijangka pulih tahun ini, ia juga diharapkan dapat mengundang pelaburan asing ke dalam negara.

“Penting bagi Malaysia untuk kekal teguh dengan reformasi untuk menambah baik ekosistem pelaburan agar dapat menarik pelaburan berkualiti yang akan mencipta pekerjaan bernilai tinggi bagi rakyat Malaysia.”

BNM: Moratorium pinjaman mungkin tidak dilanjut

Related Articles

One Comment

  1. Memang betul kata Gabenor Bank Negara, bukan semuanya perlukan moratorium, termasuklah saya sendiri. Ada antara mereka tidak terkesan sangat dengan Covid-19 dan masih mampu menbayar hutang mengikut jadual. Saya telah merancang kewangan saya dan berjimat-cermat sejak 18 tahun dahulu kerana telah menjangkakan pada ketika itu, pekara seperti kemelesetan ini kemungkinan besar boleh berlaku tanpa mengira apa sebabnya. Ekonomi kita waktu itu memang kukuh namun belum cukup kuat jika berlaku apa2 musibah seperti perubahan iklim, penyakit, pencemaran alam sekitar, ketidaktentuan politik seperti pertukaran rejim/kerajaan, kebejatan ekonomi dan sebagainya.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker