Yayasan bukti jiwa murni Shah Rukh Khan

Yayasan bukti jiwa murni Shah Rukh Khan

AKTOR tersohor Shah Rukh Khan mempunyai sisi mulia yang tidak diketahui ramai iaitu memiliki yayasan sendiri, Meer Foundation untuk membantu insan memerlukan.

Selain menyalurkan sumbangan kepada anak yatim dan orang miskin, Raja Bollywood itu turut memberi bantuan kepada keluarga korban langgar lari di Delhi, baru-baru ini.



Sebelum ini, kemalangan ngeri membabitkan kematian seorang gadis bernama Anjali Singh, 20, menjadi perdebatan hangat masyarakat dan media.

Apatah lagi mangsa merupakan pencari nafkah tunggal keluarga kecilnya yang terdiri daripada ibu serta beberapa adik perempuan.

Begitupun, Meer Foundation tidak mendedahkan jumlah wang disalurkan kepada keluarga Anjali Singh. Tetapi sumber terdekat mendakwa derma tersebut membabitkan angka besar.

Meer Foundation adalah yayasan atas nama ayah Shah Rukh Khan, Meer Taj Mohammed Khan yang bermatlamat melakukan perubahan di peringkat asas selain menaik taraf pembangunan hidup golongan susah terutama wanita. K Online



Yayasan bukti jiwa murni Shah Rukh Khan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk



Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot

Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker