Dasar larang eksport bahan mentah nadir bumi diperkenal – Anwar

Dasar larang eksport bahan mentah nadir bumi diperkenal – Anwar

Kerajaan akan membangunkan dasar larangan eksport bahan mentah nadir bumi bagi mengelakkan eksploitasi dan kehilangan sumber, lantas menjamin pulangan maksimum buat negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Dasar Mineral Negara baharu juga dirangka bagi memacu pembangunan industri mineral yang menyeluruh berasaskan prinsip kemampanan dan kebertanggungjawaban.



“Kebijakan ini akan dijadikan panduan dalam melaksanakan aktiviti perlombongan dalam hutan simpan kekal, kawasan sensitif alam sekitar dan kawasan perlindungan.

“Pemetaan terperinci sumber unsur nadir bumi dan model perniagaan menyeluruh yang menggabungkan industri huluan, pertengahan dan hiliran akan dibangunkan bagi mengekalkan rantaian nilai nadir bumi di dalam negara,” katanya ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, industri nadir bumi akan muncul sebagai sumber pertumbuhan baharu berasaskan unsur nadir bumi bukan radioaktif yang mampan dan mesra alam.

“Unsur ini diperlukan dalam pembuatan bateri, super magnet dan alatan elektronik.



“Industri nadir bumi dijangka menyumbang sebanyak RM9.5 bilion kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara pada 2025 dan mewujudkan hampir 7,000 peluang pekerjaan,” katanya. FMT

Dasar larang eksport bahan mentah nadir bumi diperkenal – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri



Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker