PAS sokong GPS untuk capai cita-citanya

PAS sokong GPS untuk capai cita-citanya

Kenyataan PAS menyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada PRK DUN Jepak mencetuskan persoalan apakah Perikatan Nasional (PN) cuba berbaik-baik untuk mencapai “cita-cita masa depannya”.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara Jeniri Amir berkata agak mengejutkan apabila PAS yang berada di blok pembangkang menyokong calon GPS yang bersama pentadbiran Anwar Ibrahim mentadbir Putrajaya.



“Ini satu perkara yang agak ironi,” katanya kepada FMT mengulas gesaan Tuan Ibrahim supaya ahlinya menyokong calon GPS Iskandar Turkee pada PRK Jepak, 4 Nov depan.

Terdahulu Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin mengumumkan komponen itu tidak bertanding di Jepak kerana ingin menumpukan kepada PRK Kemaman pada 2 Dis.

Jeniri bagaimanapun berkata kenyataan terbaharu Ahli Parlimen Kubang Kerian itu tidak akan mengaburi mata GPS yang kini masih teguh menyokong Anwar di Putrajaya.

“Apa saja yang mereka lakukan saya tak percaya bahawa pendirian GPS akan berubah. GPS ketika ini akan terus mendukung Pakatan Harapan (PH) di peringkat nasional.



“Mereka tak akan mengubah pendirian untuk sokong PAS atau PN di peringkat nasional walaupun PN cuba berbaik-baik di peringkat negeri dengan tidak meletakkan calon di Jepak.”

Bilcher Bala daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata sejarah pilihan raya membuktikan PAS tidak pernah menang dalam pilihan raya di Sarawak.

“Hakikatnya keahlian PAS di Sarawak sangat kecil untuk layak diberikan satu kerusi DUN. Jangankan kerusi Parlimen.”

Lee Kuok Tiung dari UMS pula berkata keputusan PN tidak bertanding pada PRK itu mencerminkan persefahaman dengan GPS yang pernah membentuk kerajaan persekutuan selepas kejatuhan kerajaan PH pada Mac 2020.



“PAS/PN secara umumnya tiada pengaruh di Sarawak. Jadi elok mempertimbangkan potensi kerjasama di peringkat nasional dan elak daripada terlibat dalam perlawanan yang tidak menguntungkan mereka,” kata Lee.

Jeniri turut menambah: “Kekuatan PAS terlalu jauh berbanding dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). PBB masih menjadi harapan dan tempat bergantung Bumiputera di Sarawak khususnya masyarakat Islam.”

PRK Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya selama lima penggal Talib Zulpilip pada 15 Sept lalu. FMT

PAS sokong GPS untuk capai cita-citanya



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita



Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil



Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker