9 jenazah nahas Elmina dikebumi di Lembah Klang, Pahang dan Perak

Jenazah mangsa nahas pesawat Beechcraf, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun dibawa masuk ke dalam Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Batu Caves hari ini. – foto BERNAMA

Semua baki sembilan jenazah mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam Khamis lalu akan dikebumikan di lokasi berasingan di Lembah Klang, Pahang dan Perak hari ini.

Pagi tadi, semua jenazah dituntut wakil serta waris masing-masing di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebelum pengurusan jenazah diambil alih Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Jenazah pertama yang diuruskan adalah EXCO Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun yang tiba di Masjid Jamek Ar-Rahimiah dekat sini pada jam 9.45 pagi yang mana solat jenazah diimamkan oleh anak lelaki Allahyarham.

Ia kemudian diikuti dengan pengurusan jenazah Muhammad Taufiq Mohd Zaki; Khairil Azwan Jamaludin; Sharipuddin Shaari; Kamarul Roslan; Heikal Aras Abdul Azim dan Idris Abdul Talib @ Ramali.



Solat jenazah lapan individu berkenaan diimamkan Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), Muhammad Farhan Wijaya dan salah seorang waris.

Proses mengurus dan solat jenazah sembilan mangsa nahas pesawat Beechcraft Premier 1 selesai dengan van jenazah terakhir meninggalkan masjid pada jam 12.35 tengah hari tadi.

Semalam, jenazah pertama yang dibenarkan dituntut ialah Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, disolatkan di Masjid Al Rahimiah, sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Huda, Kampung Jerong, Sungai Petani, Kedah.

Suasana pilu di tanah perkuburan



Sementara itu, BERNAMA melaporkan suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Gombak sebaik sahaja jenazah ADUN Pelangai Allahyarham Datuk Seri Johari Harun tiba.

Jenazah Johari, 53, selamat dikebumikan jam 12.04 tengah hari dengan bacaan talkin oleh anak Allahyarham sendiri iaitu Muhammad Hafiz Naqiuddin.

Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Jenazah pemandu e-hailing, Allahyarham Sharipuddin Shaari, 51, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang kira-kira 12.50 tengah hari.



Terdahulu, jenazah Allahyarham sekali lagi disembahyangkan di Masjid Jamek Sultan Hisamuddin dengan dipimpin Imam Saudi Jusoh yang kemudian turut membacakan talkin.

Lebih 100 jemaah termasuk ahli keluarga menunaikan solat jenazah berkenaan.

Seorang lagi mangsa Mohammad Taufiq Mohd Zaki, 37, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini kira-kira 1 tengah hari ini.

Sebelum dikebumikan, jenazah Mohammad Taufiq yang merupakan Pegawai Khas kepada Allahyarham Johari sekali lagi disembahyangkan di Masjid Bukit Indah, Ampang.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor



Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)



Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker