Nik Abduh, Che Abdullah tanding tiket BN?

Nik Abduh, Che Abdullah tanding tiket BN?

Landskap politik di Kelantan semakin menarik menjelang hari penamaan calon apabila yang terkini dua penyandang Parlimen dari PAS dikatakan tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Desas desus mengatakan penyandang Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan penyandang Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dijangka bertanding mempertahankan kerusi masing-masing mengguna tiket Barisan Nasional (BN)



Bagi Parlimen Tumpat, PAS dikatakan meletakkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad sebagai calon.

Di Parlimen Bachok pula, PAS dijangka meletakkan Dr Wan Martina Wan Yusuff sebagai calon di kerusi berkenaan.

Spekulasi itu semakin kencang apabila Nik Mohamad Abduh semalam memuat naik gambar bumi berwarna biru di Facebook sehingga mendapat reaksi balas warganet.

Turut tersebar sejak pagi tadi poster ucapan tahniah kepada Che Abdullah kerana terpilih sebagai calon BN di Parlimen Tumpat.



Bagaimanapun, usaha penulis untuk mendapat reaksi kedua-dua penyandang Parlimen berkenaan setakat ini gagal apabila masing-masing tidak menjawab panggilan telefon.

Terdahulu, PAS enggan membuat sebarang spekulasi berhubung gambar bumi berwarna biru dimuat naik di Facebook Nik Mohamad Abduh Nik Abduh semalam.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata perkara itu perlu dirujuk kepada pihak terbabit. BH

Nik Abduh, Che Abdullah tanding tiket BN?




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS



Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker