PM pandang serius isu gaji permulaan jurutera rendah

KUALA LUMPUR – Kerajaan memandang serius isu gaji permulaan jurutera yang rendah kerana ia mampu menjejaskan minat golongan muda menceburi profesion itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, perkara itu boleh menjejaskan pembangunan dan ekonomi negara memandangkan nisbah seorang jurutera berbanding penduduk Malaysia jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Jepun dan Jerman.

“Gaji dan imbuhan dalam skim Kejuruteraan Perkhidmatan Awam perlu dikaji semula dengan mengambil kira faktor-faktor seperti kepakaran kejuruteraan, kos sara hidup dan sebagainya,” kata beliau pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-50 Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) malam ini.



Turut hadir, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan timbalannya,Datuk Arthur Kurup serta Yang Dipertua LJM, Datuk Seri Ir Mohamad Zulkefly Sulaiman.

Ismail Sabri turut menyarankan agar usaha lebih agresif serta serius dilakukan bagi melantik lebih ramai jurutera mengisi jawatan strategik dan pembuat dasar dalam perkhidmatan awam. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri



Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker